awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
Ronaldo mahu terus beraksi sehingga capai 1,000 gol
Hamas sahkan kematian Abu Ubaidah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu rugi dalam percaturan politik Perlis - Penganalisis

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
29/12/2025
14:08 MYT
Bersatu rugi dalam percaturan politik Perlis - Penganalisis
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di Kompleks DUN Perlis. - Bernama
KUALA LUMPUR: Episod kemelut politik di Perlis yang menyaksikan wakil rakyat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Abu Bakar Hamzah dilantik sebagai Menteri Besar, hakikatnya hanya merugikan parti itu.

Ringkasan AI
  • Pelantikan Abu Bakar Hamzah sebagai MB Perlis dilihat merugikan Bersatu kerana menjejaskan keyakinan Pas untuk terus menyokong mereka pada PRU16.
  • Kemelut ini mencerminkan realiti politik Pas yang sering berdepan ketidaksepadanan dalam gabungan, menurut penganalisis.
  • Pemerhati mencadangkan Pas bergerak solo dalam pilihan raya akan datang selepas rekod kurang berhasil dalam gabungan-gabungan terdahulu.

Pengarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Mazlan Ali berkata, akibat percaturan kuasa ini, tiada jaminan Bersatu akan mendapat sokongan Pas dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 akan datang.
“Dalam politik Perlis ini, saya lihat pihak yang rugi ialah Bersatu. Walaupun Bersatu dapat menguasai negeri Perlis melalui lantikan Menteri Besar dalam kalangan wakil rakyatnya. Tetapi sampai bila?
“Adakah semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 akan datang, Bersatu masih boleh harapkan Pas menghulurkan kepercayaan sepenuhnya selepas insiden yang berlaku di Perlis?,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
BERSATU rugi dalam percaturan politik Perlis - Penganalisis
Dalam temu bual sama, Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Politik, Universiti Malaya (UM), Dr. Mohammad Tawfik Yaakub pula menyatakan kemelut yang berlaku ini hanya menzahirkan realiti politik yang perlu diakui oleh Pas.
Menurutnya, dengan menilai sejarah gabungan-gabungan politik yang pernah disertai oleh parti itu, Tawfiq mencadangkan Pas bergerak solo dalam persaingan pilihan raya berikutnya.
“Saya agak simpati terhadap Pas kerana Pas tidak ada tuah dalam politik gabungan di Malaysia. Pada 1970-an mereka terkeluar daripada gabungan Barisan Nasional (BN).
“Pada 1999, mereka terkeluar daripada Barisan Alternatif (BA) dan kemudiannya Pakatan Rakyat (PR). Sekarang bergolak pula dalam Perikatan Nasional (PN).
“Bagi saya, Pas tidak boleh duduk dalam mana-mana gabungan parti politik dan perlu bergerak solo untuk pastikan mereka mampu bergerak atas kaki sendiri untuk bersaing dalam politik Malaysia,” jelasnya.
Agenda AWANI: Dinamika Politik Perlis | Cabaran MB Baharu ?
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Barisan Nasional
#Menteri Besar
#Pakatan Rakyat
#PAS
#Perikatan Nasional
#Perlis
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#PRU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan