awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
MBPP aktifkan OPS Payung bagi tangani kesesakan sempena musim cuti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa BNM naik kepada AS$121.3 bilion pada 31 Julai

Bernama
Bernama
07/08/2025
08:42 MYT
Rizab antarabangsa BNM naik kepada AS$121.3 bilion pada 31 Julai
Angka itu lebih tinggi daripada AS$120.61 bilion rizab antarabangsa Malaysia yang dicatatkan setakat akhir Jun 2025. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jumlah rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$121.3 bilion (AS$1=RM4.218) pada 31 Julai, 2025.
Angka itu lebih tinggi daripada AS$120.61 bilion rizab antarabangsa Malaysia yang dicatatkan setakat akhir Jun 2025.
Dalam kenyataannya hari ini, BNM berkata paras rizab pada akhir Julai itu adalah memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan.
Kedudukan rizab itu juga adalah 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.
Menurut BNM, jumlah aset adalah sebanyak RM603.2 bilion dengan emas dan pertukaran asing, termasuk hak pengeluaran khas (SDR) berjumlah RM512.8 bilion.
Komponen utama rizab antarabangsa itu menunjukkan rizab mata wang asing menyumbang bahagian tertinggi pada AS$107.7 bilion dan diikuti oleh SDR (AS$5.9 bilion), emas (AS$4.1 bilion), kedudukan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada AS$1.3 bilion manakala aset rizab lain (AS$2.3 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rizab antarabangsa
#BNM
#import barangan
#hutang luar negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan