awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$108.9 bilion pada 13 Okt - Bank Negara

Bernama
Bernama
20/10/2023
08:20 MYT
Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$108.9 bilion pada 13 Okt - Bank Negara
Bank pusat berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.1 bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$108.9 bilion (AS$1=RM4.77) pada 13 Okt, 2023.
Bank pusat berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.1 bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$96.5 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.0 bilion).
Jumlah aset berjumlah RM614.12 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM510.96 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.76 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.91 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM62.35 bilion).
BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM169.84 bilion), mata wang dalam edaran (RM158.39 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM158.38 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM19.79 bilion), deposit lain (RM37.66 bilion), kertas Bank Negara (RM34.66 bilion), peruntukan SDR (RM29.85 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM5.43 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rizab antarabangsa Malaysia
#Bank Negara Malaysia
#rizab mata wang asing
#BNM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan