BUSINESS
Rizab BNM berjumlah AS$115.9 bilion pada 14 April

Bank pusat berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.1 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$115.9 bilion pada 14 April 2023, menurut BNM.
Dalam kenyataan hari ini, bank pusat berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.1 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$103.1 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (AS$5.8 bilion), emas (AS$2.5 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.1 bilion).
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami