awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RMK-12: Pemulihan ekonomi Malaysia lebih kukuh dalam Keluarga Malaysia

Fareez Azman
Fareez Azman
07/09/2021
03:03 MYT
RMK-12: Pemulihan ekonomi Malaysia lebih kukuh dalam Keluarga Malaysia
Tok Pa berkata RMK-12 juga akan memastikan pertumbuhan dan perkembangan yang inklusif dan akan menghasilkan perpaduan dalam kalangan rakyat.
KUALA LUMPUR: Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) yang akan dibentangkan pada 27 September di Dewan Rakyat memberi tumpuan kepada pemulihan dan pembangunan semula ekonomi Malaysia sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG)
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, ia termasuk meningkatkan pendapatan, melenyapkan kadar kemiskinan di negara ini dan mengurangkan jurang pembangunan diantara negeri dan wilayah.
"Cabaran yang kami hadapi dalam 18 bulan terakhir ini tentunya juga memberikan peluang untuk mengkaji semula dasar dan strategi kami.
"Keutamaan kami adalah membina semula lebih baik, untuk membina semula ekonomi Malaysia, meletakkan Malaysia pada ekonomi yang lebih kukuh bertapak dan membina ekonomi yang lebih kompetitif," jelasnya.
Tambah Mustapa, beberapa keutamaan turut disandarkan dalam tempoh 10 tahun menerusi RMK-12.
"Keutamaan kami dalam 10 tahun akan datang adalah seperti berikut, menambah pendapatan, menghilangkan kemiskinan mutlak dan mengurangkan pembangunan jurang antara negeri dan wilayah.
"Memastikan pertumbuhan berkualiti yang berterusan tanpa kompromi alam sekitar, menciptakan persekitaran dasar yang kondusif untuk sektor swasta, pelabur tempatan dan asing," katanya lagi.
Turut diberi perhatian, ujarnya RMK-12 juga akan memastikan pertumbuhan dan perkembangan yang inklusif dan akan menghasilkan perpaduan dalam kalangan rakyat sejajar dengan konteks Keluarga Malaysia.
Dari sudut kerajaan pula, akan ditingkatkan mekanisme penyampaian dalam mencapai matlamat pembangunan yang disasarkan.
"Dalam konteks konsep Keluarga Malaysia yang dijelaskan oleh Perdana Menteri, kita harus menerjemahkan idea ini kepada rancangan tindakan yang konkrit.
"Idea Keluarga Malaysia ini bermaksud kita ketepikan segala perbezaan di antara rakyat demi perpaduan bersama.
"Keluarga Malaysia harus bersatu padu untuk mencapai kemajuan dan kestabilan," jelas Mustapa lagi.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan webinar bertajuk 'The Twelfth Plan: Developing the Nation in the Spirit of Keluarga Malaysia' secara dalam talian pada Selasa.
Topic Berkaitan
#Rancangan Malaysia Ke-12
#Mustapa Mohamed
#Dewan Rakyat
#jurang pembangunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan