KUALA LUMPUR: Tumpuan sektor pertanian negara akan beralih kepada memperkukuh keterjaminan makanan serta meningkatkan daya saing subsektor agrikomoditi dengan menggiatkan aktiviti pertanian pintar merentasi semua sektor.
Usaha ini termasuk mempercepat penerimagunaan teknologi, menarik penyertaan minat bakat, penyedia teknologi serta memperluas saiz ladang bagi meningkatkan pengeluaran domestik.
Menurut laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 2021-2025 (KSP RMK12) yang dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi, perhatian khusus juga diberi untuk menerima pakai amalan mampan dan menerima guna mekanisasi serta automasi dalam subsektor perladangan bagi menggalakkan aktiviti yang menggabungkan kemampanan dan produktiviti.
Data Kajian Perancangan Guna Tanah Kawasan Sumber Makanan Negara menunjukkan usaha guna tanah untuk aktiviti agromakanan di Semenanjung Malaysia adalah 0.9 juta hektar pada 2021.
Keluasan terbabit merupakan 16.3 peratus daripada 5.4 juta hektar tanah pertanian di Semenanjung Malaysia manakala baki 4.5 juta hektar adalah untuk subsektor agrikomoditi, kata laporan itu.
"Kawasan penanaman padi dan buah-buahan meliputi lebih 70 peratus jumlah guna tanah untuk agromakanan. Guna tanah bagi agromakanan dianggarkan meningkat sebanyak 1.2 peratus menjelang 2025, disumbangkan terutamanya oleh peningkatan kawasan penanaman sayur-sayuran dan akuakultur.
"Bagaimanapun, kawasan penanaman padi dianggarkan berkurangan sebanyak 1.4 peratus dalam tempoh sama," katanya.
Padi
Laporan itu juga mengunjurkan bahawa permintaan beras dijangka meningkat kepada 3.2 juta tan metrik pada 2025 daripada daripada 2.9 juta tan metrik pada 2020.
Pengeluaran beras pula dijangka melebihi tiga juta tan metrik menjelang 2025 dengan keluasan sawah berjumlah 427,894 hektar.
"Langkah akan diambil untuk menyatukan petak-petak sawah kecil, memastikan infrastruktur pengairan dan saliran yang mencukupi serta memperkenalkan varieti baharu yang berhasil tinggi dan subsidi berasaskan prestasi," katanya.
Buah-buahan dan sayur-sayuran
Usaha pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran akan ditingkatkan bagi memenuhi permintaan pasaran domestik dan eksport dengan tumpuan terhadap buah-buahan tidak bermusim serta sayur-sayuran tanah tinggi.
Purata kadar sara diri (SSR) buah-buahan dijangka mencapai 106.5 peratus pada 2025 berbanding 100.2 peratus pada 2020 manakala purata SSR bagi sayur-sayuran dijangka mencapai 95.1 peratus pada 2025 berbanding 90.9 peratus pada 2020.
"Tumpuan diberikan kepada peningkatan produktiviti melalui pembangunan kluster buah-buahan dan sayur-sayuran, pemulihan ladang, pengukuhan pengurusan ladang kontrak dan peluasan penerimagunaan teknologi moden.
"Strategi ini akan memastikan bekalan buah-buahan dan sayur-sayuran yang konsisten," katanya.
Perikanan
Menurut laporan itu, selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0), tumpuan diberikan untuk mengurangkan tekanan terhadap perikanan marin dengan meningkatkan sumbangan akuakultur dalam jumlah pengeluaran ikan daripada 20 peratus pada 2020 kepada 30 peratus atau 650,000 tan metrik pada 2025.
Bagi mencapai sasaran itu, penekanan diberikan untuk menerima guna peralatan moden seperti sistem pemberian makanan secara elektronik, sensor dan sistem pemantauan.
"Ini akan membolehkan keputusan dibuat secara cepat dan tepat, mengurangkan pembaziran input dan mencegah penyebaran penyakit yang seterusnya meningkatkan produktiviti secara keseluruhan tanpa menjejaskan kualiti hasil ikan," katanya.
Ruminan
Laporan itu turut menyentuh usaha meningkatkan produktiviti subsektor ruminan yang masih menjadi cabaran berikutan aspek seperti penerimagunaan teknologi yang rendah, kos operasi tinggi dan ekonomi bidangan yang terhad.
"Strategi akan ditumpukan untuk meningkatkan SSR daging lembu daripada 27.7 peratus pada 2020 kepada 50 peratus pada 2025, daging kambing daripada 16.1 peratus kepada 30 peratus manakala susu segar daripada 64 peratus kepada 100 peratus," katanya.
Fokus turut membabitkan aspek mempergiat penyelidikan dalam peningkatan genetik dan teknik pembiakan, menambah baik formulasi makanan ternakan, memperkukuh kemudahan tenusu serta menyatukan ladang ruminan berskala kecil.
Menurut laporan itu, penyusunan semula subsektor agromakanan menuntut bukan hanya perubahan amalan pertanian, penerimagunaan teknologi termaju dan peningkatan produktiviti tetapi juga pengukuhan ekosistem bagi memudah cara transformasi ini.
"Matlamat akhir adalah untuk mewujudkan subsektor agromakanan yang berdaya tahan, inklusif, berdaya saing dan mampan bagi menangani sebarang krisis keterjaminan makanan pada masa hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2023
Permintaan beras dijangka meningkat kepada 3.2 juta tan metrik pada 2025 daripada daripada 2.9 juta tan metrik pada 2020. - Gambar hiasan
Penemuan mayat lelaki di sungai, polis klasifikasi kes bunuh
Polis mengklasifikasikan kes penemuan mayat lelaki dipercayai warga asing di sungai berdekatan dengan sebuah stesen minyak di Paroi, di sini pada Sabtu lepas sebagai kes bunuh.
Pembinaan terminal baharu LTSIP fasa dua dilaksanakan serta-merta - Nik Nazmi
Pembinaan terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa dua akan dilaksanakan serta-merta, kata Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad.
Bertugas di Tanah Suci, 2 pengarang wanita Astro AWANI sedia bawa laporan terbaik
Dua pengarang Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Md Salim antara 14 petugas media yang bakal terbang ke Tanah Suci untuk membuat liputan musim haji dan menunaikan ibadah berkenaan.
UTP raih kedudukan teratas di Malaysia, ASEAN dua tahun berturut-turut
Universiti Teknologi Petronas (UTP) meraikan kejayaan bersejarah buat tahun kedua berturut-turut apabila meraih tempat teratas sebagai universiti nombor satu di Malaysia.
AWANI Ringkas: Cuaca panas luar biasa dijangka berlarutan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon
Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor Jeneral Kepulauan Solomon David Vunagi.
"Ahli Parlimen nak bantah kenaikan gaji? 'Humban' dia dalam PRU akan datang" - Anwar
Anwar berkata pihak yang melontarkan kritikan mengenai cadangan kenaikan gaji penjawat awam tidak sepatutnya bersikap angkuh.
Microsoft umum pelaburan AI, infrastruktur awan AS$2.2 bilion di Malaysia
Microsoft mengumumkan untuk melabur AS$2.2 bilion (RM10.48 bilion) dalam kecerdasan buatan (AI) dan pembangunan infrastruktur awan di Malaysia.
Perkembangan letupan Gunung Ruang, tindakan seterusnya?
Bersama ditalian, Susan Margaret, Ketua Biro Kompas TV Manado.
Pembantu kedai telefon mengaku tidak bersalah sebabkan kematian OKU
Lim Guan Yan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Lebih 2 juta pekerja asing dalam negara, hampiri sasaran RMK12 - Steven Sim
kerajaan menetapkan bilangan pekerja asing di Malaysia tidak boleh melebihi 15 peratus daripada jumlah guna tenaga negara menjelang tahun 2025.
Perak fokus 359 projek fizikal libat peruntukan RM1.28 bilion tahun ini
Perak memfokuskan pelaksanaan 359 projek fizikal dengan peruntukan RM1.28 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) negeri itu tahun ini.
564 projek pembangunan bernilai RM3.41 bilion akan dilaksana di Selangor tahun ini
RP4 Negeri Selangor juga menumpukan kepada pembangunan 471 projek fizikal (RM2.25 bilion atau 65.8 peratus) melibatkan skop projek utama.
RM212.42 juta belanja pembangunan fasiliti kesihatan Perak tahun 2024 - Dzulkefly
Perak menerima peruntukan RM212.42 juta di bawah Belanja Pembangunan Kementerian Kesihatan, bagi pembangunan kemudahan dan infrastruktur fasiliti sektor itu, tahun ini.
Bagan Datuk bakal berkembang sebagai pusat ilmu - Ahmad Zahid
Bagan Datuk bakal berkembang sebagai pusat tumpuan pendidikan dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
JKR Kelantan laksana 58 projek bernilai RM874 juta tahun ini
Ia merangkumi pelbagai skop kerja termasuk projek bangunan dan pembinaan jalan raya membabitkan beberapa kementerian.
MDX 2023: Optimis capai sasaran baharu tawaran teknologi digital
Pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia terus menunjukkan peningkatan cemerlang. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Ts. Mahadhir Aziz tawaran teknologi digital telah melonjak.
Daya tahan permintaan domestik Malaysia dorong pertumbuhan kukuh jangka sederhana - Fitch Ratings
Permintaan domestik Malaysia yang berdaya tahan dan perbelanjaan pembangunan lebih besar digariskan dalam RMK-12 akan menyokong pertumbuhan jangka sederhana yang kukuh.
Kerajaan Persekutuan beri perhatian penuh rapat jurang pembangunan empat negeri
Kerajaan Persekutuan memberi perhatian penuh bagi merapatkan jurang pembangunan di empat negeri di Semenanjung.
RMK12 : PDRM mohon peruntukan RM5.1 bilion
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon peruntukan sebanyak RM5.1 bilion dalam rancangan boleh pinda keempat Rancangan Malaysia Ke-12.