awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak buka pintu kenderaan punca kemalangan enam kenderaan di Jalan Tun Razak
Wartawan wanita perlu imbangi teknologi dan integriti - Noraini
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RMK13: Malaysia tetap hala tuju strategik teraju ekonomi Asia Tenggara dalam bidang AI

Astro Awani
Astro Awani
31/07/2025
05:29 MYT
RMK13: Malaysia tetap hala tuju strategik teraju ekonomi Asia Tenggara dalam bidang AI
Menurut Perdana Menteri, aktiviti RDCI juga akan dipergiat bagi meningkatkan produk dan perkhidmatan berasaskan "Made by Malaysia". - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Malaysia menetapkan hala tuju strategik untuk menerajui ekonomi Asia Tenggara dalam bidang kecerdasan buatan (AI), teknologi digital dan industri tenaga boleh baharu, dengan aspirasi menjadi pemain berpengaruh di peringkat global.

Ringkasan AI
  • Malaysia komited menjadi peneraju AI dan teknologi digital di Asia Tenggara melalui Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2030, dengan fokus kepada inovasi tempatan, RDCI dan pembangunan aset digital strategik.
  • Sasaran liputan 5G sebanyak 98% menjelang 2030, serta melahirkan 5,000 usahawan digital bagi memperluas adaptasi AI merentasi sektor ekonomi dan komuniti luar bandar.
  • Ekosistem AI diperkukuh melalui strategi kepercayaan digital dan keselamatan data, selari dengan dasar 4IR, STI dan Ekonomi Digital untuk menjamin kedaulatan teknologi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penerapan inovasi teknologi tempatan akan diberi tumpuan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi, khususnya dalam pembangunan aset digital strategik seperti AI, analitik data dan sistem digital kerajaan.
Katanya, aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (RDCI) juga akan dipergiat bagi meningkatkan produk dan perkhidmatan berasaskan "Made by Malaysia".
"Langkah ini penting untuk memperkukuh daya saing ekonomi negara, selain membangunkan industri yang lebih mampan dan berimpak tinggi selaras hasrat menjadi negara berteraskan kecerdasan buatan.
"Bagi memanfaatkan peluang ini, Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2030 akan memacu pembangunan bakat tempatan, penyelidikan, pengkomersialan teknologi serta penyediaan infrastruktur digital bagi menyokong adaptasi AI secara meluas," katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) di Dewan Rakyat pada Khamis.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi memperluas adaptasi AI merentasi pelbagai sektor, Kkrajaan mensasarkan jaringan 5G mencapai 98 peratus liputan di kawasan berpenduduk dan perindustrian termasuk kawasan desa menjelang tahun 2030.
Katanya, komitmen tersebut seiring dengan sasaran untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 5,000 usahawan digital.
"Ekosistem AI akan dimantapkan melalui pengukuhan kepercayaan digital.
"Strategi kepercayaan digital dan keselamatan data nasional akan dilancarkan untuk melindungi data peribadi, menangani ancaman siber, serta memastikan keselamatan ekosistem dan kedaulatan digital negara," katanya lagi.
Dalam masa sama, Perdana Menteri menambah pelaksanaan dasar dan strategi utama seperti Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara, Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) serta Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia akan diberi keutamaan, dengan fokus kepada pelaksanaan yang berkesan dan memberi manfaat terus kepada rakyat serta industri.
Dapatkan berita terkini RMK13 di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#AI
#RMK13
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan