awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Brunei jalani pembedahan lutut 18 Januari ini
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pemerkasaan tahfiz bina huffaz profesional seimbang - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rossana Annizah dilantik Pengerusi BSN

Astro Awani
Astro Awani
03/02/2020
11:29 MYT
Rossana Annizah dilantik Pengerusi BSN
Rossana Annizah Rashidi merupakan wanita pertama menjadi pengerusi BSN.
Rossana Annizah Rashidi dilantik sebagai Pengerusi baharu Bank Simpanan Nasional (BSN) berkuat kuasa 1 Februari lalu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Yunos Abd Ghani berkata, Rossana merupakan tokoh yang tidak asing lagi dalam industri perbankan dan telekomunikasi.
“Beliau pernah memegang pelbagai jawatan pengurusan ketika berkhidmat di RHB Bank Berhad, TIME dotCom Berhad, dan Maxis Berhad selepas memulakan kerjaya perbankannya dengan Citibank Malaysia.
“Rossana membawa perspektif yang luas dan pelbagai kepada Lembaga Pengarah kami.
“Kemahiran serta pengalamannya yang luas dalam mengetuai beberapa Lembaga syarikat multinasional dapat memberi hala tuju kepada Lembaga Pengarah BSN untuk terus melaksanakan mandat demi mencapai rancangan strategik kami”, ujar beliau dalam kenyataan yang diedarkan.
Jawatan Pengerusi BSN itu kosong selepas Tan Sri Abu Bakar Abdullah bersara pada Februari tahun lepas.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Yunos Abd Ghani dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, Rossana tidak asing dalam industri perbankan dan telekomunikasi.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Yunos Abd Ghani dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, Rossana tidak asing dalam industri perbankan dan telekomunikasi.
Rossana yang juga wanita pertama menjadi pengerusi BSN berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan dari University Canberra, Australia dan merupakan ahli CPA Australia.
Beliau kini merupakan Pengerusi Jardine Matheson (Malaysia) Sdn Bhd, ahli Panel Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pengerusi Jawatankuasa Audit IHH Healthcare Sdn Bhd dan menduduki Lembaga Pengarah anak-anak syarikat IHH di Singapura dan Turki, ahli Lembaga Pengarah Celcom Axiata Sdn Bhd serta edotco Group Sdn Bhd.
Topic Berkaitan
#Bank Simpanan Nasional
#BSN
#Datuk Yunos Abd Ghani
#Ketua Pegawai Eksekutif
#pengerusi
#Rossana Annizah Rashidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan