Kerajaan Sabah sedang mengkaji kemungkinan melaksanakan skim penyamaan muatan yang akan menyediakan sokongan kewangan bagi kontena bermuatan import dan eksport di pelabuhan di Sabah.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata skim itu akan menjadi pemangkin bagi pertumbuhan industri untuk menjana peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan dan menyediakan persaingan yang sama rata dalam pasaran antarabangsa.
"Kami akan mengusulkan cadangan ini kepada kerajaan Persekutuan bagi pertimbangan selanjutnya.
"Negeri ini juga akan menubuhkan Majlis Logistik Sabah untuk menyediakan keseluruhan penyelarasan strategi, dasar dan peraturan berkaitan dengan logistik," katanya pada majlis perasmian Forum Pelaburan Sabah di sini, hari ini.
Musa berkata kerajaan negeri mengiktiraf sektor pengangkutan dan logistik sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negeri.
Justeru itu, inisiatif singgah kapal dan strategi untuk menangani masalah logistik akan menjadi pemangkin bagi pertumbuhan perindustrian negeri, katanya.
"Pada dasarnya, sasaran kami adalah untuk mengurangkan kos menjalankan perniagaan serta mengurangkan kos hidup," katanya.
Menyedari bahawa banyak lagi yang perlu dilakukan oleh Sabah untuk menjadi pemain global dalam industri pelabuhan, beliau berkata, usaha-usaha sedang diambil untuk meluaskan Pelabuhan Kontena Sapangar Bay (SBCP) di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.
Musa berkata pelabuhan itu akan membantu menjadikan Sabah sebagai hab pindah kapal logistik bagi kargo antara Kalimantan-Selatan Filipina dan negara-negara Asia Timur Laut seperti China, Jepun dan Korea Selatan.
Beliau berkata hab itu juga akan membantu meningkatkan ekonomi Sabah dan menarik pelaburan langsung asing ke negeri ini terutamanya dengan lokasi strategiknya berdekatan dengan Brunei, Indonesia, Malaysia dan Kawasan Pertumbuhan Filipina Asean Timur.
"Kami juga akan mengkaji untuk mewujudkan zon ekonomi bebas bersebelahan dengan SBCP," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2017
MUSA: Kerajaan Sabah sedang mengkaji skim penyamaan muatan yang akan menyediakan sokongan kewangan bagi kontena bermuatan import dan eksport. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Projek mega di Sabah bukti kerajaan pusat prihatin - Musa
Pelbagai projek mega yang sedang dan akan dilaksanakan di Sabah adalah bukti kerajaan pusat prihatin dan tidak omong kosong dalam membawa pembangunan pesat ke negeri ini.
PM Najib begitu prihatin dengan pembangunan Sabah - Musa
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang paling banyak memberikan peruntukan untuk pembangunan Sabah.
Sabah kaji skim sedia sokongan kewangan bagi kontena bermuatan import, eksport
Kerajaan Sabah sedang mengkaji kemungkinan melaksanakan skim penyamaan muatan yang akan menyediakan sokongan kewangan bagi kontena bermuatan import dan eksport di pelabuhan di Sabah.
Rakyat Sabah diminta berwaspada janji kosong dibuat parti baharu - Musa
Rakyat di negeri ini diminta berwaspada dengan janji kosong dibuat oleh parti baharu yang hanya wujud untuk pilihan raya.
Sokongan padu rakyat terhadap kepimpinan BN penting demi keharmonian - Salleh
Sokongan padu rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak penting demi keharmonian dan pembangunan negara, kata Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Segala aset dan sumber digerakkan dalam operasi mencari mangsa - Musa
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman memberi jaminan segala aset dan sumber yang ada telah dan sedang digerakkan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR),
Kuatkuasakan peraturan lebih ketat terhadap pengendali bot - Musa
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mahu pihak berkuasa berkenaan menguatkuasakan peraturan lebih ketat terhadap pengendali perkhidmatan bot mengangkut penumpang dan pelancong.
Status letak jawatan Adun Inanam pamer konflik dalaman parti PKR
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman percaya wujud konflik dalaman PKR berikutan tindakan ADUN Inanam Dr Roland Chia yang menyatakan hasrat meletak jawatan menerusi lamannya.
Nurul Izzah: Musa Aman harus minta maaf
Nurul Izzah Anwar ingin Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman meminta maaf mengenai halangan kemasukannya ke Sabah.
Musa Aman angkat sumpah Ketua Menteri Sabah
BN Sabah Datuk Seri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.