Saham CIMB Group Holdings Bhd (CIMB Group), Malaysia Building Society Bhd (MBSB) dan RHB Capital Bhd akan digantung esok sementara menunggu satu pengumuman yang akan dibuat kemudiannya.

Dalam kenyataan kepada Bursa, MBSB dan CIMB Group berkata Bursa Malaysia telah meluluskan permintaan penggantungan saham oleh syarikat-syarikat itu.

Pada Julai, ketiga-tiga syarikat itu mengumumkan kelulusan daripada Bank Negara untuk memulakan perbincangan bagi penggabungan perniagaan RHB dan CIMB Group serta mewujudkan francais perbankan diperbesar dengan MBSB.

Sehubungan itu, ketiga-tiga pihak telah memeterai perjanjian eksklusif 90 hari untuk berunding dan memuktamadkan harga, struktur dan terma dan syarat relevan lain bagi cadangan penggabungan tersebut dan penubuhan sebuah bank Islam mega.