awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saham Kerjaya Prospek naik selepas peroleh kontrak RM98.1 juta di Pulau Andaman

Bernama
Bernama
16/04/2025
04:40 MYT
Saham Kerjaya Prospek naik selepas peroleh kontrak RM98.1 juta di Pulau Andaman
Setakat 10.24 pagi, saham Kerjaya Prospek naik satu sen kepada RM2.07, dengan 61,200 saham diniagakan. - Foto DagangNews
KUALA LUMPUR: Saham Kerjaya Prospek Group Bhd meningkat dalam dagangan pagi selepas syarikat itu berjaya memperoleh kontrak kedua dalam tempoh seminggu, membabitkan projek hartanah bernilai RM98.1 juta di Pulau Andaman yang diperoleh daripada syarikat sekutunya, Eastern Oriental Bhd.
Dalam nota penyelidikannya hari ini, Kenanga Investment Bank Bhd berkata kejayaan terbaharu itu menjadikan jumlah kontrak Kerjaya Prospek yang diperoleh bagi tahun ini berjumlah RM708 juta, mewakili 39 peratus daripada sasaran penambahan kontrak bagi tahun kewangan 2025 sebanyak RM1.8 bilion.
"Nilai perolehan kontrak kumpulan yang belum diselesaikan berjumlah RM4.4 bilion yang memberikan keterlihatan pendapatan untuk tempoh tiga tahun akan datang.
"Ia juga mempunyai nilai tender berjumlah RM2.0 bilion dan sedang membida secara bersama dengan Samsung untuk tiga projek pusat data bernilai RM3.0 bilion, dengan keputusannya dijangka diketahui menjelang suku ketiga tahun ini," tambahnya.
Setakat 10.24 pagi, saham Kerjaya Prospek naik satu sen kepada RM2.07, dengan 61,200 saham diniagakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#saham
#Kerjaya Prospek
#Pulau Andaman
#kontrak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan