awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah

Bernama
Bernama
25/12/2025
15:15 MYT
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
Arab Saudi melaporkan lebih 11.9 juta jemaah dari dalam dan luar negara menunaikan umrah sepanjang bulan Jumada al-Akhirah. - Gambar fail/Sinar Harian
JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, dengan kerjasama Pihak Berkuasa Am Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, melaporkan lebih 11.9 juta jemaah dari dalam dan luar negara menunaikan umrah sepanjang bulan Jumada al-Akhirah (bulan keenam dalam kalendar Islam), menurut statistik rasmi.
Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan bahawa angka memberangsangkan itu mencerminkan peningkatan momentum pelaksanaan ibadah umrah serta menonjolkan kecekapan luar biasa perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan bagi melayani para jemaah.
Data itu turut menunjukkan lebih 1.7 juta jemaah umrah tiba dari luar Arab Saudi sepanjang bulan berkenaan.
Kemasukan itu menyerlahkan impak positif platform digital canggih dan perkhidmatan logistik bersepadu yang mempermudah prosedur ketibaan serta membolehkan jemaah melaksanakan ibadah dengan mudah, selesa dan tenang.
Peningkatan berterusan dalam pelaksanaan ibadah umrah itu mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi Arab Saudi dalam memantapkan ekosistem haji, umrah dan ziarah, selaras dengan matlamat Visi Saudi 2030.
Melalui inovasi dan penjagaan berterusan, Arab Saudi menjadikan akses ke dua Masjid Suci lebih mudah sambil menyediakan pengalaman kerohanian menyeluruh yang mengutamakan keselesaan dan keselamatan jemaah umrah pada setiap peringkat - daripada perancangan lawatan sehingga kepulangan jemaah dari negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#jemaah umrah
#Jumada al-Akhirah
#kalendar Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan