awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saham Serba Dinamik digantung mulai esok susulan gagal kemuka laporan tahunan

Bernama
Bernama
22/12/2022
13:54 MYT
Saham Serba Dinamik digantung mulai esok susulan gagal kemuka laporan tahunan
Serba Dinamik Holdings Bhd berkata penerbitan laporan tahunan 2022 syarikat itu ditangguhkan berikutan penyata kewangan yang diaudit bersama laporan juruaudit dan pengarah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022, masih belum selesai.
KUALA LUMPUR: Serba Dinamik Holdings Bhd berkata penerbitan laporan tahunan 2022 syarikat itu ditangguhkan berikutan penyata kewangan yang diaudit bersama laporan juruaudit dan pengarah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022, masih belum selesai.
Syarikat berstatus Nota Amalan 17 (PN17) itu menjelaskan, ini terutamanya disebabkan oleh Lembaga Pengarah yang masih dalam proses menyelesaikan isu-isu audit berbangkit dengan pihak juruaudit luaran.
"Oleh itu, syarikat akan membuat pengumuman seterusnya jika terdapat sebarang perkembangan penting," katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, hari ini.
Pada 19 Dis 2022, penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu yang dihimpit masalah kewangan, telah memaklumkan Bursa Malaysia bahawa ia tidak dapat mengemukakan laporan tahunan 2022 yang tertunggak itu pada atau sebelum 22 Dis 2022 yang menyebabkan dagangan sahamnya akan digantung berkuatkuasa pada 9 pagi 23 Dis 2022 sehingga notis selanjutnya.
Sewaktu dagangan ditutup hari ini, saham-saham Serba Dinamik tidak berubah pada harga satu sen dengan nilai pasaran RM27.95 juta.
Ia juga merupakan kaunter kedua paling aktif hari ini dengan sejumlah 83.86 juta saham diniagakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#saham Serba Dinamik
#digantung
#penyata kewangan
#Bursa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan