awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saham TNB baik susulan pengumuman beli Vortex Solar Investment

Bernama
Bernama
09/01/2017
05:51 MYT
Saham TNB baik susulan pengumuman beli Vortex Solar Investment
Jumaat lepas, TNB mengumumkan ia membeli 50 peratus pegangan dalam Vortex Solar Investments bagi 86 juta pound sterling (kira-kira RM480 juta). - Gambar fail
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) meningkat 10 sen hari ini susulan pengumuman pembelian dalam Vortex Solar Investments yang berpangkalan di United Kingdom (UK).
Saham itu, antara paling untung, berada pada RM14.02 dengan 1.16 juta saham bertukar tangan setakat 10.54 pagi.
Jumaat lepas, TNB mengumumkan ia membeli 50 peratus pegangan dalam Vortex Solar Investments bagi 86 juta pound sterling (kira-kira RM480 juta).
Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research yakin pembelian itu akan memperluaskan dan mempelbagaikan lagi portfolio dan pendedahan tenaga antarabangsa TNB.
"Janji niaga itu dijangka diselesaikan menjelang suku ketiga tahun ini dan menjana peningkatan perolehan berperingkat secara serta-merta," menurut HLIB Research dalam satu nota di sini, hari ini.
Menurut HLIB Research, pembelian adalah penglibatan pertama TNB dalam pasaran tenaga boleh diperbaharu serta perluasan masa depan yang berpotensi di UK.
Ia juga pada masa sama berperanan sebagai platform untuk TNB memperoleh pengetahuan serta pengalaman dalam teknologi tenaga boleh diperbaharu.
Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan "beli" ke atas TNB dengan harga sasaran RM17.50, mengambil kira pertumbuhan jangka panjang dan aliran tunai TNB yang kukuh. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hong Leong Bank
#solar vortex
#TNB
#UK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan