awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sandiaga Uno, RichWorks lancar kerjasama bimbing usahawan Indonesia

Astro Awani
Astro Awani
01/08/2022
07:55 MYT
Sandiaga Uno, RichWorks lancar kerjasama bimbing usahawan Indonesia
Semangat Awal Muharram dijadikan pencetus semangat untuk memulakan kerjasama ini. - Gambar fail
JAKARTA: RichWorks International Sdn. Bhd. akan bekerjasama dengan lebih 200 usahawan terutama dari sektor ekonomi kreatif Indonesia dalam perkongsian kepakaran dan bimbingan bagi mengembangkan perniagaan mereka di Republik itu.
Pengasas dan mentor usahawan jutawan, Datuk Azizan Osman berkata, pihaknya bersama RichWorks Indonesia berbesar hati untuk menjalankan sesi bisnes coaching bersama usahawan ini.
Katanya, RichWorks bersedia membantu mana-mana pihak untuk berkongsi kepakaran dan membimbing kumpulan usahawan dalam merangka strategi perniagaan untuk berjaya.
“Sesi ini rentetan daripada Bangkit Bisnis Dari Krisis yang dijalankan 16 Julai lalu hasil inisiatif dan kerjasama strategik Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif (Kemenparekraf) dibawah kepimpinan Sandiaga Uno.
“Meskipun sesi latihan hanya berlangsung selama sehari, saya sempat memberikan gambaran jelas dan tunjuk ajar penting buat usahawan di sini berkembang lagi walaupun ketika krisis,” katanya kepada wartawan di sini, hari ini.
Tambah Azizan, kerjasama bersama Kemenparekraf itu juga akan menjadi satu titik tolak perubahan sejarah hubungan Malaysia-Indonesia terutama dari segi penyatuan ekonomi dan kebangkitan nusantara, insyaAllah.
"Saya dan RichWorks berbangga dan bersedia menyokong perkembangan bisnes kepada lebih 30 juta perusahan kecil dan sederhana (PKS) dalam mengecapi "Greater Indonesia" pada 2025.
"Indonesia mempunyai peluang pasaran yang besar dengan populasi yang berjumlah 279.5 juta," ujarnya
Sementara itu, Sandiaga menyambut baik kerjasama RichWorks dalam berkongsikan kepakaran membina usahawan dari zero to hero.
Katanya, RichWorks dilihat berupaya membantu usahawan mengembangkan bisnes mereka terutamanya ketika dunia melalui fasa endemik COVID-19.
Sandiaga berkata demikian ketika sesi perjumpaan bersama Richworks dan peserta melalui dalam talian, baru-baru ini.
"Ingatkan pengalaman saya, pernah dipecat kerja ketika krisis ekonomi. Namun, dapat bangkit dari zero dengan kerja keras, tuntas ikhlas ... Alhamdulillah menjadi hero.
"Bimbingan Azizan juga membuktikan beliau dan pasukkannya dapat melahirkan ramai usahawan Titanium (permentoran RichWorks) dengan jualan pada tahun lalu berjumlah RM3.2 bilion," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Richworks
#Sandiaga Uno
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan