KUALA LUMPUR: Sapura Energy Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM91.93 juta pada suku pertama berakhir 30 April, 2022 berbanding kerugian bersih RM97.07 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas, terutamanya disebabkan oleh peningkatan pertukaran asing yang timbul daripada kenaikan dolar AS berbanding ringgit.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Isnin, syarikat perkhidmatan minyak dan gas bersepadu itu berkata hasil, bagaimanapun, jatuh 39.7 peratus kepada RM886.08 juta daripada RM1.47 bilion setahun lepas.
"Hasil yang rendah ini terutamanya disebabkan oleh aktiviti projek yang rendah daripada segmen kejuruteraan dan pembinaan pada suku semasa," kata syarikat itu.
Sapura Energy berkata berkata sebagai sebahagian daripada pelan penyusunan semula holistiknya - pelan tetapan semulanya - kumpulan itu telah memulakan beberapa siri rundingan dengan pelanggan untuk penyelesaian secara baik bagi memastikan projek disempurnakan, kata syarikat itu dalam kenyataan media berasingan.
Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) pada suku pertama tahun kewangan 2023 terutamanya diperoleh daripada usaha yang berterusan, yang dilaksanakan menerusi penyelesaian komersial yang diluluskan dan peningkatan pertukaran asing yang menggalakkan berikutan pengukuhan dolar AS.
Ketua Pegawai Eksekutif Sapura Energy Group Datuk Mohd Anuar Taib berkata kumpulan itu sedang menyaksikan pencapaian awal pemulihan, berikutan pelaksanaan pelan tetapan semulanya.
"Kami masih mempunyai halangan besar untuk diatasi sebelum kami dapat mengekalkan momentum yang menggalakkan ini," katanya.
Sapura Energy kini diklasifikasikan sebagai syarikat PN17 dan pelan penyusunan semula, berdasarkan pelan tetapan semula kumpulan yang dimulakan pada Disember 2021, sedang dirumuskan.
"Melaksanakan pelan tetapan semula kami menjadi lebih penting berbanding sebelum ini memandangkan ia adalah laluan kami menuju platform yang stabil kepada kumpulan, membolehkan kami keluar daripada status PN17 dan berkembang dalam masa terdekat," jelas Mohd Anuar.
Kumpulan itu akan terus melaksanakan aktiviti projek sepanjang tahun ini; ia mempunyai lebih daripada 50 projek yang sedang dijalankan merentas segmen perniagaannya.
Beberapa projek utama dimulakan pada suku kedua tahun kewangan 2023, termasuk kempen pemasangan luar pesisir dan penggerudian di Semenanjung Malaysia, Trinidad dan Tobago, dan Gabon di Afrika.
"Kumpulan itu juga meningkatkan keuntungan projeknya melalui penambahbaikan berterusan dalam disiplin pengurusan, disokong oleh kontrak yang lebih kukuh dan pengurusan kos untuk melindungi margin," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 28 2022
Sapura Energy Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM91.93 juta pada suku pertama berakhir 30 April, 2022 berbanding kerugian bersih RM97.07 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas. -Sapura Energy Berhad
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
Sapura Energy terima kelulusan mahkamah bagi penstrukturan semula hutang
Perintah sekatan itu akan membantu syarikat skim untuk terlibat dengan pemiutang tanpa diganggu ancaman litigasi.
Sapura Energy Mexicana diisytihar muflis oleh Mahkamah Insolvensi Mexico City
Susulan Pengisytiharan oleh mahkamah Mexico itu, Victor Hugo de la Cruz Caballero dilantik sebagai pelikuidasi berkuat kuasa 29 Feb 2024.
Bursa Malaysia dibuka rendah, sentimen berhati-hati walaupun prestasi Wall Street lebih baik
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.99 mata, atau 0.34 peratus kepada 1,435.12 daripada 1,440.11 pada penutupan dagangan Rabu.
Keuntungan bersih Sapura Energy meningkat kepada RM146.09 juta pada suku pertama
Ia meningkat 58 peratus kepada RM146.09 juta daripada RM91.93 juta pada suku yang sama bagi tahun kewangan sebelumnya.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 Mei 2023.
Petronas nafi spekulasi penggabungan Sapura Energy, MHB
Sebarang pertimbangan berkaitan pelaburan atau penjualan dalam kumpulan Petronas adalah sentiasa dan akan terus berpandukan kepada kelulusan di peringkat Lembaga Pengarah.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.49 mata kepada 1,403.47 daripada 1,402.98 pada penutup Jumaat.
Sapura Energy Lantik Wan Mashitah dan Nur Iskandar sebagai pengarah
Wan Mashitah Wan Abdullah Sani dan Datuk Nur Iskandar A Samad dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif bebas berkuat kuasa hari ini.
Kerugian bersih Sapura Energy pada tahun kewangan 2023 berkurangan kepada RM3.20 bilion
Pada suku keempat 2023, syarikat mengurangkan separuh kerugian bersihnya kepada RM3.30 bilion daripada RM6.77 bilion.
Bursa Malaysia dibuka rendah, pelabur pantau perkembangan krisis SVB
Pada 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 19.08 mata kepada 1,414.00 daripada 1,433.08 pada penutup Jumaat.