awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sapura Energy lupus tiga pelantar gerudi pada harga AS$8.2 juta

Bernama
Bernama
20/08/2022
01:30 MYT
Sapura Energy lupus tiga pelantar gerudi pada harga AS$8.2 juta
Sapura Energy berkata kesemua pihak telah memeterai memorandum perjanjian dengan pembeli pada 18 Ogos 2022. - Gambar fail/Sapura Energy Berhad
KUALA LUMPUR: Subsidiari Sapura Energy Bhd, Sapura Drilling T-19 Ltd, Sapura Drilling T-20 Ltd dan Sapura Drilling Setia Ltd akan melupuskan tiga pelantar penggerudian kepada NKD Maritime Ltd pada harga US$8.20 juta (RM35.14 juta) secara tunai.
Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, Sapura Energy berkata kesemua pihak telah memeterai memorandum perjanjian dengan pembeli pada 18 Ogos 2022.
Pelantar-pelantar itu, Sapura T-19, Sapura T-20 serta Sapura Setia dijual berikutan ianya sudah agak lama (Setia) atau tidak lagi berdaya saing daripada segi teknikal (T-19, T-20).
Berdasarkan permintaan pasaran, syarikat tidak melihat sebarang prospek berdaya maju daripada segi kewangan yang dapat dipenuhi oleh pelantar berkenaan jika ia diaktifkan semula pada masa hadapan.
Oleh itu, pelantar-pelantar ini mempunyai kebarangkalian untuk menjadi barang lapuk pada tahun-tahun akan datang yang akan mendedahkan syarikat kepada lebih banyak kos dan risiko kemerosotan.
"Penjualan tersebut adalah sebahagian daripada tumpuan syarikat terhadap kemampanan jangka panjang selain meningkatkan kedudukan mudah tunai, memperkemaskan model operasi dan menyediakan fleksibiliti yang lebih besar untuk pertumbuhan strategik syarikat," katanya.
Menurut Sapura Energy lagi, hasil daripada pelupusan itu akan digunakan sebagai modal kerja kumpulan tertakluk kepada syarat-syarat kemudahan pelbagai mata wang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sapura Energy
#Sapura Drilling T-19 Ltd
#lupus tiga pelantar penggerudian
#NKD Maritime Ltd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan