awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MTL: JAKOA peruntuk lebih RM146,000 bantuan bakul makanan di Kelantan
Indonesia usaha memudah cara eksport tuna sifar tarif ke Jepun di bawah IJEPA
Trump undang Perdana Menteri Pakistan sertai Lembaga Keamanan Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sapura Energy tamatkan kontrak dengan Yunneng Wind Power

Bernama
Bernama
05/02/2022
01:25 MYT
Sapura Energy tamatkan kontrak dengan Yunneng Wind Power
Berikutan notis penamatan itu, Sapura Energy akan meneruskan tuntutannya melalui proses penyelesaian pertikaian yang ditetapkan dalam kontrak iaitu timbang tara di bawah Institusi Timbang Tara Jerman di Bremen, Jerman.
KUALA LUMPUR: Sapura Energy Bhd telah mengeluarkan notis penamatan kepada Yunneng Wind Power Co Ltd berkaitan kontrak untuk pengangkutan dan pemasangan 'monopile' di ladang angin luar pesisir Yunlin di Taiwan.
Penyedia perkhidmatan dan penyelesaian tenaga itu berkata anak syarikat milik penuhnya, Sapura Offshore Sdn Bhd (SOSB) telah dianugerahkan kontrak itu pada Mac 2019.
"Projek itu pada mulanya dijangka siap pada September 2020 tetapi ditangguhkan hingga September 2023 berikutan isu teknikal dan operasi yang tidak dapat diselesaikan, ia tidak dikaitkan dengan Sapura Energy.
"Perubahan ini telah mengubah asas kontrak dengan ketara," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.
Kerja-kerja berkenaan berada pada tahap 36.85 peratus siap pada tarikh penamatan kontrak tersebut.
Menurut Sapura Energy, Yunneng Wind Power telah melanggar perjanjian dengan membuat tuntutan yang ditangguh sementara waktu.
Ia berkata Yunneng Wind Power telah menyediakan data mengenai tanah yang tidak tepat dan mengelirukan, ia merupakan pelanggaran serius kewajipannya di bawah kontrak untuk memberikan maklumat tanah yang dipercayai secara kontrak oleh SOSB.
"Asas kontrak telah berubah dengan ketara sejak penanugerahan kontrak itu sehingga SOSB secara munasabah tidak boleh terus terikat dengan kontrak tanpa sebarang penyesuaian atau pindaan kontrak," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura Energy, Datuk Anuar Taib dalam satu kenyataan media dikeluarkan berkata rundingan dengan Yunneng Wind Power untuk menyelesaikan pelanggaran perjanjian itu bermula pada November tahun lepas.
"Memandangkan kami sudah menggunakan pelbagai cara untuk mencari penyelesaian yang baik, kami membuat satu keputusan yang sukar untuk menamatkan kontrak demi kepentingan terbaik kumpulan," katanya.
Berikutan notis penamatan itu, Sapura Energy akan meneruskan tuntutannya melalui proses penyelesaian pertikaian yang ditetapkan dalam kontrak iaitu timbang tara di bawah Institusi Timbang Tara Jerman di Bremen, Jerman.
Syarikat itu tidak menyatakan nilai kontrak tersebut dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sapura Energy
#Yunneng Wind Power
#tamat kontrak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan