awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SC gantung lesen Nazri Khan selama enam bulan

Bernama
Bernama
13/10/2022
07:11 MYT
SC gantung lesen Nazri Khan selama enam bulan
Menurut IPAM ia sedang membuat rayuan susulan penggantungan itu dan menegaskan penggantungan itu adalah disebabkan pelanggaran pentadbiran, bukan mengenai pengurusan dana.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menggantung Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal milik Pengarah Eksekutif dan Pengurus Dana Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd (IPAM) Datuk Nazri Khan Adam Khan untuk tempoh enam bulan, berkuat kuasa sejak 6 Okt 2022.
Menurut pihak pengurusan IPAM, ketika ini, ia sedang membuat rayuan susulan penggantungan itu dan menegaskan penggantungan itu adalah disebabkan pelanggaran pentadbiran, bukan mengenai pengurusan dana.
IPAM berkata, pihaknya mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam dana unit amanah dan pengurusan portfolio sejak lebih 30 tahun lepas dengan dikawal peraturan dan kawal selia ketat yang ditentukan SC.
"Yakinlah bahawa pelaburan anda diuruskan dengan selamat dan dikendalikan secara profesional oleh pasukan profesional pelaburan kami yang berkelayakan tinggi di IPAM.
"Ini adalah komitmen dan keutamaan kami untuk menguruskan pelaburan anda dengan bijak dan mencapai matlamat idaman anda," katanya dalam satu kenyataan.
Para pelabur boleh menghubungi bahagian perkhidmatan pelanggan di talian 03-2117 1888 atau emel [email protected] untuk sebarang pertanyaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gantung lesen
#Nazri Khan
#Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
#IPAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan