awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SC perkenal pendekatan penilaian skop berfokus kepada pengampang maklumat

Bernama
Bernama
06/02/2024
21:45 MYT
SC perkenal pendekatan penilaian skop berfokus kepada pengampang maklumat
AWANG ADEK: Sehingga suku ketiga 2023, platform pendanaan ekuiti ramai dan pembiayaan antara rakan setara telah mengumpul kira-kira RM5.9 bilion dan memanfaatkan hampir 10,000 PKS secara kolektif. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Berikutan pasaran modal dan piawaian kawal selia semakin matang dan berkembang, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada Selasa memperkenalkan Penilaian Skop Berfokus (FSA) untuk Pengantara Pasaran Modal (CMI)1 dan Pengendali Pasaran Diiktiraf (RMO) baharu yang layak sebagai sebahagian daripada pendekatan pengampang maklumat baharu SC.
Pengerusi SC Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin berkata platform pengumpulan dana dan pelaburan melalui pasaran swasta telah melalui pertumbuhan yang stabil untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) memanfaatkan dana bagi rancangan kemajuan mereka.
"Sehingga suku ketiga 2023, platform pendanaan ekuiti ramai (ECF) dan pembiayaan antara rakan setara (P2P) telah mengumpul kira-kira RM5.9 bilion dan memanfaatkan hampir 10,000 PKS secara kolektif.
“Komitmen untuk membangunkan rangka kerja kawal selia yang lebih progresif dan teguh mencerminkan pengiktirafan SC terhadap peranan penting mereka dalam memacu pertumbuhan dan pembangunan negara,” katanya dalam kenyataan semalam.
Menurut SC, FSA yang berkuat kuasa serta-merta melalui pindaan kepada Garis Panduan Pasaran yang Diiktiraf, menilai kesediaan operasi dan kawal selia pemohon dengan cara yang lebih disasarkan dan cekap untuk memendekkan masa ke pasaran bagi CMI dan RMO kepada tiga bulan, yang sebelum ini boleh mengambil masa lebih daripada enam bulan.
FSA juga memerlukan pemohon mempunyai pihak bebas yang mengesahkan dasar dan prosedur perniagaan mereka iaitu sebagai sebahagian daripada permohonan mereka kepada SC.
Ini akan memberi pemohon lebih kawalan dalam memastikan kecekapan dan juga menggalakkan kesediaan untuk mematuhi keperluan menjalankan aktiviti terkawal, katanya.
Garis Panduan yang disemak mengenai Pasaran yang Diiktiraf yang akan memudahcarakan FSA boleh dirujuk di https://www.sc.com.my/regulation/guidelines/recognizedmarkets
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengampang maklumat
#Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
#PKS
#Penilaian Skop Berfokus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan