awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluaran air mata berlebihan mungkin tanda saluran air mata tersumbat
Indonesia akan bina Kampung Haji di Mekah bagi kurangkan kos ibadah haji
Bekalan elektrik akan dipulihkan di barat daya Berlin lima hari selepas serangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SCIB raih kontrak bernilai RM13.28 juta bangunkan semula sekolah daif di Sarawak

Dagang News
Dagang News
13/10/2021
14:02 MYT
SCIB raih kontrak bernilai RM13.28 juta bangunkan semula sekolah daif di Sarawak
SCIB berkata, anak syarikatnya itu menerima surat anugerah dan penerimaan (LOA) dari Jabatan Kerja Raya Sarawak membabitkan kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC). - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sarawak Consolidated Industries Bhd. menerusi anak syarikat milik penuhnya, SCIB Industrialised Building System Sdn. Bhd. memperoleh projek pembangunan semula sekolah daif di Sarawak berjumlah RM13.28 juta.
Dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini, SCIB berkata, anak syarikatnya itu menerima surat anugerah dan penerimaan (LOA) dari Jabatan Kerja Raya Sarawak membabitkan kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC).
Katanya, projek tersebut adalah di bawah peruntukan RM1 Bilion (Fasa 2) Pakej 13 membabitkan pembangunan semula Sekolah Kebangsaan Nanga Pedai dan Sekolah Kebangsaan Nanga Jagoi di Kanowit, Sibu.
"Kontrak ini adalah bagi tempoh selama 8 bulan bermula 27 Oktober 2021 hingga 26 Jun 2022," katanya.
Menurut SCIB, kontrak berkenaan tidak menjejaskan terbitan modal saham dan pemegangan saham utama kumpulan.
Malah, ia juga tidak memberi sebarang impak kepada aset bersih SCIB dan kumpulan syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022.
"Sebarang keuntungan akan direalisasikan secara berperingkat sepanjang tempoh kontrak ini berdasarkan kepada kemajuan projek.
"Kami menjangkakan ia akan menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan kumpulan sepanjang tempoh kontrak ini," tambahnya.
Artikel asal disiarkan di Dagang News
Topic Berkaitan
#SCIB
#Sarawak
#Sekolah daif
#Bursa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan