awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mayat wanita dijumpai terapung di kolam tadahan Shah Alam
UK siap sedia hadapi "bom cuaca" susulan Ribut Goretti melanda
Hamas sedia mudahkan penyerahan pentadbiran Gaza kepada badan bebas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan elektrik akan dipulihkan di barat daya Berlin lima hari selepas serangan

Bernama
Bernama
07/01/2026
20:00 MYT
Bekalan elektrik akan dipulihkan di barat daya Berlin lima hari selepas serangan
Kira-kira 45,000 isi rumah dan lebih 2,200 perniagaan di beberapa kawasan di Berlin terputus bekalan elektrik awal Sabtu lalu. - Foto AP
BERLIN: Bekalan elektrik di seluruh barat daya Berlin dijangka dipulihkan pada Rabu selepas ratusan ribu penduduk terputus bekalan elektrik dan pemanasan selama beberapa hari susulan serangan ke atas grid kuasa yang menyebabkan gangguan terpanjang dalam sejarah pascaperang ibu negara Jerman itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kira-kira 45,000 isi rumah dan lebih 2,200 perniagaan di kawasan Nikolassee Zehlendorf, Wannsee dan Lichterfelde di Berlin terputus bekalan elektrik awal Sabtu lalu selepas kabel voltan tinggi yang menuju ke sebuah stesen jana kuasa dibakar.
Sejak itu, ribuan isi rumah disambung semula bekalan elektrik dan pentadbiran bandar memaklumkan kepada dpa yang pengendali Stromnetz Berlin menyasarkan untuk memulihkan bekalan kepada semua pengguna hari ini, selepas sebelum ini menetapkan tarikh akhir pada Khamis.
"Kami sedang berusaha memulihkan bekalan elektrik sepanjang hari ini," kata seorang jurucakap syarikat itu.
Bagaimanapun, kira-kira 19,900 isi rumah dan kira-kira 850 perniagaan masih terputus bekalan elektrik untuk hari kelima berturut-turut pada pagi Rabu, ketika suhu kekal di bawah paras beku.
Dalam sepucuk surat pengakuan tanggungjawab yang dimuat naik dalam talian pada Ahad, kumpulan ekstremis berhaluan kiri Vulkangruppe (Volcano Group) mendakwa "berjaya mensabotaj" sebuah stesen jana kuasa gas di Lichterfelde.
Menurut kumpulan itu, matlamat utama mereka adalah untuk menyasarkan industri bahan api fosil, sambil menyatakan yang tindakan itu "mengakibatkan gangguan bekalan elektrik di daerah yang lebih mewah seperti Wannsee, Zehlendorf dan Nikolassee".
"Kami memohon maaf kepada penduduk barat daya Berlin yang kurang berkemampuan," menurut kenyataan itu.
Pihak berkuasa Berlin menganggap surat itu sebagai tulen, dengan Datuk Bandar Kai Wegner menyifatkan serangan itu sebagai perbuatan keganasan. Agensi penguatkuasaan undang-undang tertinggi Jerman kemudiannya mengambil alih siasatan, dengan pendakwa raya di Karlsruhe menyiasat kes sabotaj antiperlembagaan, keanggotaan dalam organisasi pengganas, pembakaran dan gangguan perkhidmatan awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Berlin
#bekalan elektrik
#serangan grid kuasa
#isi rumah terjejas
#perniagaan terjejas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan