KUALA LUMPUR: Sektor hartanah Malaysia dijangka menyaksikan pemulihan secara berperingkat pada separuh pertama 2022, dipacu oleh peningkatan sentimen pasaran serta keadaan ekonomi negara yang kembali pulih.
Pengurus Negara PropertyGuru Sheldon Fernandez berkata, keadaan itu akan mendorong perkembangan pasaran hartanah yang dijangkakan pada separuh kedua 2022 berdasarkan kajian indikator mengenai transaksi harga pada masa akan datang.
"Oleh itu, kami berpendapat, jika tidak membabitkan pemulihan pasaran, sekurang-kurangnya keadaan diunjur stabil dari segi harga.
"Bagi tempoh masa terdekat, keyakinan pasaran sebaliknya masih banyak dipengaruhi oleh perkembangan berkaitan COVID-19 berikutan ketidaktentuan terutamanya akibat kemunculan varian Omicron," katanya pada sesi perbincangan panel PropertyGuru mengenai Unjuran Pasaran Hartanah PropertyGuru yang diadakan secara maya di sini, hari ini.
Fernandez juga menyifatkan prospek bagi pasaran hartanah kekal berhati-hati dalam tempoh peralihan negara daripada pendekatan pandemik kepada endemik bagi menangani krisis COVID-19.
Dari sudut lebih optimistik, faktor seperti petunjuk data-data ekonomi yang positif, kadar vaksinasi lebih baik, dasar rancangan jangka panjang kerajaan yang lebih jelas dan pembukaan sempadan antarabangsa juga dijangka terus mendorong usaha pemulihan ekonomi.
"Terdapat lima trend penting yang akan memberi kesan ke atas sektor hartanah. Pertama, kestabilan pasaran akan akan memulihkan minat pembeli selain prospek jaminan pekerjaan lebih baik ketika keadaan negara terus pulih.
"Kedua, sejajar dengan persekitaran pemulihan ekonomi yang dapat meningkatkan pendapatan, kami berharap ia juga dapat menggalakkan golongan yang berminat serta pelabur untuk membeli hartanah," katanya,
Fernandez berkata Bajet 2022 yang dibentangkan pada 29 Oktober lepas, turut menyaksikan kerajaan tidak lagi mengenakan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RGPT) bagi kediaman yang dijual dalam tahun keenam dan seterusnya.
RPGT diperkenalkan untuk mengekang spekulasi sewaktu pasaran hartanah mengalami perkembangan yang memberangsangkan.
"Oleh itu, langkah kerajaan berkaitan RGPT itu akan membantu meliberalisasikan pasaran untuk pelabur dan pembeli rumah kedua yang tidak berhasrat mengekalkan pegangan aset itu bagi tempoh yang lama," katanya.
Katanya, trend lain membabitkan pelaksanaan semula program-program yang dapat memacu sektor itu seperti Kempen Pemlikan Rumah (HOC) yang berpotensi untuk dilanjutkan pada tahun depan dan diharapkan dapat diperluas bagi melibatkan pasaran sekunder.
"Malah, dasar kerajaan dalam Bajet 2022 untuk menyediakan jaminan RM2 bilion kepada bank-bank menerusi Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk membantu mereka dalam industri gig, usahawan mikro dan petani dari segi akses pembiayaan, juga penting sebagai pendekatan progresif dan inklusif terhadap usaha pemilikan rumah.
"Selain itu, terdapat penyediaan peruntukan RM1.5 bilion untuk membina hartanah mampu milik bagi mereka yang berpendapatan rendah," katanya.
Beliau berkata, trend terakhir merujuk kepada tahap kemajuan projek-projek mega bagi meningkatkan prospek masa depan yang berupaya menjana minat ketara terhadap pasaran hartanah kerana dapat menyuntik nilai tambah kepada kawasan sekitar.
Ini termasuk projek-projek prasarana seperti Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Sistem Transit Rapid Johor-Singapura (RTS Link) dan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang berkemungkinan dihidupkan semula serta dapat mendorong kemajuan pasaran hartanah pada 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 08 2021
Pemulihan itu dipacu oleh peningkatan sentimen pasaran serta keadaan ekonomi negara yang kembali pulih. - Gambar hiasan
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
LBS terima anugerah Deloitte buat kali ketiga, bukti kepimpinan dan komitmen mampan
LBS Bina Group Berhad, syarikat terkemuka dalam sektor pembinaan dan pembangunan hartanah, berjaya merangkul Anugerah Syarikat Pengurusan Terbaik (Malaysia) 2024 oleh Deloitte.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Saman 1MDB: Riza Shahriz guna AS$248 juta untuk beli hartanah, belanja perjudian
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa wang AS$248 juta telah digunakan untuk kepentingan peribadi Riza Shahriz iaitu bagi membayar pembelian beberapa hartanah dan perbelanjaan berjudi.
Belanjawan 2025: Isu mampu milik jadi tumpuan sektor hartanah
Isu berkaitan mampu milik kekal menjadi tema utama dalam sektor hartanah menjelang Belanjawan 2025 walaupun beberapa cadangan yang dikemukakan bukan suatu perkara baharu, kata CIMB Securities Sdn Bhd
1 juta rakyat New Zealand sukar miliki rumah
Kajian Consumer New Zealand mendapati, 41 peratus bukan pemilik rumah percaya mereka tidak memiliki kemampuan kewangan untuk memiliki rumah.
Kerjaya dalam bidang hartanah kini menjadi pilihan ramai
Ramai perunding baru daripada pelbagai bidang pendidikan yang berbeza memilih kerjaya dalam bidang hartanah sebagai pilihan utama masa kini.
Presiden Indonesia bincang prospek pelaburan dengan taikun hartanah di Abu Dhabi
Joko Widodo dijadual melawat Abu Dhabi minggu hadapan untuk mempertingkatkan perbincangan mengenai potensi pelaburan di Nusantara.
Lokasi strategik, kepelbagaian pasaran hartanah Malaysia tarik pembeli asing - Juwai IQI
Bagi suku pertama 2024, penyusutan nilai ringgit telah menarik pelabur hartanah global dengan pembeli dari China merupakan paling aktif.
Kerajaan boleh tawar pilihan sewa kepada mereka tidak mampu beli rumah - Institut REHDA
Menurut REHDA, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih mampan berikutan tanah adalah sumber yang terhad.
Pelabur perlu deposit RM2 juta jika mahu berhijrah ke Sarawak - Abang Jo
Premier Sarawak bersetuju dengan cadangan bahawa pelabur yang berminat untuk berhijrah ke negeri itu perlu mendeposit sekurang-kurangnya RM2 juta.