KAJANG: Sektor hartanah negara merekodkan 295,968 transaksi bernilai RM119.08 bilion pada 2020, susut 9.9 peratus dari segi bilangan dan 15.8 peratus dari segi nilai daripada angka yang dicatatkan pada 2019.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata prestasi penurunan yang ketara itu adalah berikutan kesan pandemik COVID-19.
"Penurunan ini dikaitkan dengan bilangan transaksi yang terjejas bagi pelbagai subsektor yang mencatatkan penguncupan di antara 2.6 peratus dengan 24 peratus.
"Ini juga dikaitkan dengan bilangan dan nilai transaksi yang menurun di bandar-bandar utama di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang, dengan empat negeri ini membentuk hampir separuh daripada jumlah keseluruhan transaksi kediaman," katanya ketika melancarkan Laporan Pasaran Harta 2020 di sini, pada Isnin.
Beliau berkata segmen pelancaran kediaman baharu terjejas berikutan, antara lain, penangguhan pelancaran oleh pemaju kerana lebih memberi tumpuan terhadap jualan inventori sedia ada.
Sepanjang 2020, hanya sekitar 47,000 unit hartanah kediaman telah dilancarkan berbanding dengan 60,000 unit pada 2019, katanya.
Beliau berkata prestasi jualan juga lebih rendah dengan hanya 28.7 peratus unit dijual berbanding dengan 40.7 peratus pada tahun sebelumnya.
Tengku Zafrul berkata bagaimanapun, di sebalik penurunan ini, keberkesanan dan keberhasilan langkah segera kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dapat dilihat melalui peningkatan aktiviti pasaran perumahan yang mula pulih semenjak penghujung suku kedua 2020.
"Jumlah urus niaga meningkat pada kadar yang setanding dengan pertumbuhan purata suku tahunan yang dilihat sebelum tercetusnya pandemik COVID-19," katanya.
Beliau berkata persekitaran kadar faedah yang rendah turut menggalakkan pembelian kediaman sendiri dan bagi tujuan pelaburan.
Sementara itu, terdapat 29,565 unit siap dibina tidak terjual bernilai RM18.92 bilion, berkurangan 3.6 peratus dari segi bilangan berbanding angka pada 2019, tetapi nilainya meningkat 0.5 peratus, katanya.
Melangkah ke hadapan, Tengku Zafrul berkata sektor hartanah dijangka pulih selari dengan pertumbuhan ekonomi yang diunjurkan di antara 6.0 peratus dengan 7.5 peratus tahun ini.
Beliau berkata ini akan didorong oleh fokus dan strategi ekonomi oleh kerajaan dengan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan membolehkan lebih banyak sektor ekonomi beroperasi dan juga memulihkan pasaran buruh.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 05 2021
Zafrul berkata prestasi penurunan yang ketara itu adalah berikutan kesan pandemik COVID-19. - BERNAMA
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
SPRM tahan pengurus sumber manusia kemuka tuntutan palsu lebih RM200,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pengurus sumber manusia bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM200,000.
Pengusaha kantin buat tuntutan palsu insentif program Penjana didenda RM50,000
Pertuduhan pilihan dibacakan kepada tertuduh dan dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu setelah menerima tawaran pengakuan daripada pihak pendakwaan.
LIMA '23: UMT lebar kerjasama dengan enam pemain industri
UMT pada Khamis melebarkan kerjasama sempena LIMA'23 dengan meningkatkan rangkaian menerusi memorandum MoA dan MoU dengan enam pemain industri.
12 lagi ditahan SPRM kemuka tuntutan palsu Penjana Kerjaya
Penahanan suspek berusia 29 sehingga 53 tahun itu dilakukan malam Selasa secara serentak di seluruh negara.
PENJANA: 47 pengarah syarikat ditahan seleweng dana
Tangkapan ke atas 47 individu berkenaan terdiri daripada 14 wanita dan 33 lelaki dilakukan sejak petang semalam.
Ops Hire: Tekad SPRM banteras ketirisan, penyelewengan dana awam
Di bawah strategi -Pemerkasaan Penguatkuasaan Berkesan-, SPRM memberi penekanan terhadap tiga bidang utama iaitu perolehan kerajaan, sektor penguatkuasaan dan dana awam atau peruntukan khas kerajaan.
Kerajaan salur RM20.92 bilion bagi program subsidi upah - Tengku Zafrul
Program Subsidi Upah adalah untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran.
Kerajaan salur RM20.89 bilion bagi Program Subsidi Upah - Tengku Zafrul
Ia untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan dan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.
Pengarah syarikat ditahan bantu siasatan kemuka laporan palsu kepada MAFI
Lelaki berusia 32 tahun ditahan di pejabat SPRM Kedah, di sini pada pukul 11.18 pagi tadi.
Kerajaan salur RM20.147 bilion kepada 357,429 majikan melalui PSU - Tengku Zafrul
Ia bagi mengekalkan penggajian 2,951,854 pekerja tempatan dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.