awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARDI agih 1,000 ekor Ayam Saga, perkasa komuniti KRT Jasin
Yayasan PEKEMA sasar 10,000 pelajar terima manfaat sepanjang 2026
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sektor pelancongan perlu dipertingkatkan, perkukuh ekonomi negara - Mustapa

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
09/10/2022
11:32 MYT
Sektor pelancongan perlu dipertingkatkan, perkukuh ekonomi negara - Mustapa
Mustapa (dua, kiri) sewaktu mengadakan pertemuan dan lawatan ketua isi rumah pada program basmi miskin tegar di Kampung Kubang Golok, di Bachok petang tadi. - Foto Astro AWANI
BACHOK: Peruntukan RM200 juta menerusi Bajet 2023 bagi tujuan galakan, promosi dan pemasaran, serta memperkukuh pemulihan sektor pelancongan dilihat salah satu usaha memulihkan ekonomi dalam negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata memandangkan kadar pertumbuhan ekonomi perlahan pada tahun depan, pelbagai usaha perlu dilakukan termasuk mengalakkan kemasukan pelancong asing dan meningkatkan pelancongan dalam negara.
"Bajet ini adalah 3R, antaranya untuk meneruskan dan memantapkan pemulihan ekonomi negara supaya semakin pulih, tahun depan semua sedia maklum kadar pertumbuhan ekonominya rendah sedikit.
"Maka itu harus ada usaha untuk memastikan ekonomi negara terus berkembang, antaranya sektor pelancongan yang terkesan dengan COVID19," katanya selepas mengadakan pertemuan dan lawatan ketua isi rumah pada program basmi miskin tegar di Kampung Kubang Golok, di sini petang tadi.
BACA: Teks penuh ucapan Bajet 2023 SEGALANYA MENGENAI BAJET 2023, KLIK DI SINI!
Mustapa berkata, fasa peralihan endemik menyaksikan sektor pelancongan pulih dengan kadar segera dan pantas.
"Kita dapati selepas COVID19, beberapa pusat pelancongan domestik mendapat sambutan amat baik dan usaha dalam bajet itu sudah pasti akan merancakkan lagi pertumbuhan sektor pelancongan khususnya domestik.
"Dalam pada itu kita juga perlu menumpukan usaha menarik minat kemasukan pelancongan luar negara yang sekarang ini semakin menunjukkan peningkatan kemasukan pelancong asing antara 3-4 juta orang, berbanding sebelum COVID19 yang mencatatkan angka hampir 20 juta orang pelancong asing.
"Pelancongan sektor penting kerana kesannya menyeluruh membabitkan sektor perhotelan, makanan, industri kecil sederhana, pengangkutan dan sebagainya," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Mustapa Mohamed
#pelancongan
#Bajet 2023
#Bachok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan