awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas 29 tahun, Nazir Razak ucap selamat tinggal kepada CIMB

Malik Ridhwan
Malik Ridhwan
24/09/2018
11:58 MYT
Selepas 29 tahun, Nazir Razak ucap selamat tinggal kepada CIMB
Nazir hari ini mengumumkan akan melepaskan kesemua jawatan termasuk Pengerusi CIMB berkuatkuasa 31 Disember 2018. - Gambar fail
Datuk Seri Nazir Razak akan melepaskan semua jawatan termasuk Pengerusi CIMB berkuat kuasa 31 Disember 2018.
Menurut Nazir dalam satu kenyataan hari ini, Lembaga Pengarah CIMB akan melancarkan pelan penggantian bagi menentukan siapa akan pegang jawatan tersebut serta tarikh penyerahan tugas.
Nazir berkata, sukar baginya untuk mencari masa yang sesuai bagi meninggalkan CIMB.
“Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, saya telah menghabiskan banyak masa memikirkannya dan memutuskan bahawa masa paling tepat adalah sebaik sahaja pelan penstrukturan semula empat tahun CIMB (T18) yang dilancarkan pada 2014 selesai.
“Misi kerjaya saya adalah untuk menjadikan CIMB sebuah institusi kewangan ASEAN terkemuka. Pada 2014, CIMB melalui fasa pertama peralihan CEO dan memulakan T18 bagi mengukuhkan struktur dan kewangan CIMB,” katanya sambil menyifatkan program T18 berjaya menstabilkan kedudukan CIMB ketika ini.
View this post on Instagram
The sun is setting on my time in CIMB. I just announced that I will step down as Chairman of CIMB by 31st December 2018. The Board will now activate its succession plan to decide on the next Chairman and the exact date of handover. Over the last 29 years, I have had the privilege of a front row seat on the amazing CIMB journey from fledgling corporate finance franchise to leading Malaysian investment bank to an ASEAN universal bank. Thank you CIMB, #teamCIMB and #CIMBalumni. After our CEO transition in 2014 and then success of T18, CIMB is now financially strong, organisationally robust and firmly institutionalised. My CIMB mission is accomplished and final affirmation of success will come with my departure and CIMB continue grow from strength to strength. I am 52 years young. It is time for me to commit fully to my next mission on the Asean stage.
A post shared by Nazir Razak (@nazir.razak) on
Sep 24, 2018 at 4:15am PDT
Tambah Nazir, beliau percaya CIMB mempunyai pasukan pengurusan yang sangat baik, diterajui Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dan kejayaan berterusan ini akan mampu dikekalkan.
Sementara itu, Zafrul yang juga Ketua Kumpulan Eksekutif Kumpulan CIMB menyifatkan Nazir sebagai seorang mentor yang hebat serta seorang kawan yang sangat berharga.
“Kejayaan kami hari ini adalah asas kepada visi beliau yang mengutamakan penciptaan nilai bagi semua pihak berkepentingan dan demi kelestarian perniagaan Kumpulan,” katanya.
Pengganti Nazir akan diumumkan dalam masa terdekat.
Dalam beberapa minggu akan datang, keutamaan beliau adalah memastikan T18 disempurnakan, memuktamadkan rangka kerja strategik baharu CIMB serta melancarkan penyerahan tugas kepada Pengerusi baharu nanti.
Nazir telah berkhidmat di CIMB selama 29 tahun, sejak 1989 termasuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan selama 15 tahun dan Pengerusi sejak 2014.
Di bawah kepimpinan beliau, CIMB telah berkembang daripada sebuah francais kewangan korporat menjadi sebuah bank pelaburan terkemuka di Malaysia, dan seterusnya di ASEAN.
Kumpulan CIMB telah disenaraikan pada 2003 dengan aset RM9.6 bilion dan permodalan pasaran sebanyak RM1.5 bilion.
Pada 30 Jun 2018, aset Kumpulan berada pada RM515 bilion dan permodalan pasaran semasa RM58 bilion.
Kumpulan itu telah disenaraikan pada tahun 2003 dengan aset RM9.6 bilion dan permodalan pasaran sebanyak RM1.5 bilion. Pada 30 Jun 2018, aset Kumpulan berjumlah RM515 bilion, dan permodalan pasaran semasa ialah RM58 bilion.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#CEO
#CIMB
#Nazir Razak
#pengerusi
#T18
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan