awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua pihak wajib pastikan sumber bumi tidak kehabisan - Serba Dinamik

Astro Awani
Astro Awani
18/07/2018
01:35 MYT
Semua pihak wajib pastikan sumber bumi tidak kehabisan - Serba Dinamik
ABDUL KARIM: Setiap pihak berkuasa termasuk penggubal undang-undang dan pengawal selia teknologi perlu memastikan sumber bumi tidak ketandusan. - BERNAMA/Fail
Sudah menjadi kewajipan semua pihak termasuk penggubal undang-undang untuk memelihara keseimbangan bumi supaya sumber semulajadinya tidak habis.
Itu yang ditegaskan Ketua Eksekutif Serba Dinamik Holdings, Datuk Dr Abdul Karim Abdullah.
"Bagi memastikan sumber bumi tidak ketandusan, setiap pihak berkuasa termasuk penggubal undang-undang dan pengawal selia teknologi perlu memandang serius perkara ini.
"Bukan itu sahaja, institusi pembiayaan juga memainkan peranan penting dalam memastikan sumber bumi terus dijaga," katanya dalam satu persidangan Alam Sekitar yang julung kali diadakan oleh Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), di sini, pada Selasa.
Sementara itu, KWAP memperuntukkan RM800 juta bagi pelaburan dalam inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) antarabangsa melalui dua pengurus dana.
Acara dua hari bermula Selasa yang dianjurkan KWAP bersama-sama Tabung Alam Sedunia (WWF) itu menarik lebih 400 anggota delegasi daripada 200 organisasi termasuk badan pengawalseliaan dan kerajaan, institusi kewangan, organisasi korporat serta masyarakat awam.
Persidangan bertema 'Menggerakan Tindakan Untuk Esok Yang Lebih Baik' itu bertujuan memberi inspirasi kepada komuniti kewangan ke arah menerajui usaha dunia bagi iklim dan alam sektar.
Topic Berkaitan
#Datuk Dr Abdul Karim Abdullah
#kehabisan
#keseimbangan bumi
#Ketua Eksekutif Serba Dinamik
#sumber Bumi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan