KUALA LUMPUR: Sentral REIT semalam menandatangani perjanjian jual beli bersyarat (SPA) untuk mengambil alih bangunan pejabat 27 tingkat yang dikenali sebagai Menara CelcomDigi di Petaling Jaya Sentral dengan harga RM450 juta daripada Puncak Wangi Sdn Bhd (PWSB).
PWSB adalah subsidiari milik penuh Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB).
Sentral dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata cadangan pengambilalihan itu dijangka mengembangkan jumlah saiz asetnya sebanyak 21 peratus daripada RM2.15 bilion setakat 31 Dis 2022, kepada kira-kira RM2.60 bilion, setelah selesai pelaksanaan.
"Pembelian hartanah itu akan dibayar sepenuhnya secara tunai yang akan dikumpulkan melalui gabungan ekuiti dan pembiayaan hutang.
"Pelaksanaan pendanaan ekuiti ini melibatkan cadangan penempatan yang merangkumi terbitan sehingga 123.72 juta unit penempatan yang akan diletakkan kepada pelabur institusi yang akan dikenal pasti kelak, pada harga terbitan yang akan ditentukan melalui proses penetapan harga," katanya.
Sebagai sebahagian daripada cadangan penempatan itu, MRCB telah bersetuju untuk melanggan sehingga 34.57 juta unit penempatan bagi mengekalkan peratusan pegangan unit semasa mereka dalam Sentral, katanya.
Pengerusi Sentral REIT Management Sdn Bhd Tan Sri Saw Choo Boon berkata pengambilalihan itu akan mengembangkan lagi portfolio Sentral daripada segi pendapatan, gabungan penyewa serta penyebaran geografi, dan akan memberikan pulangan yang stabil kepada pemegang unitnya.
"Hartanah ini sesuai dengan portfolio semasa Sentral yang terdiri daripada sembilan hartanah komersial," katanya lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 26 2023
Pengambilalihan itu akan mengembangkan lagi portfolio Sentral Reit daripada segi pendapatan, gabungan penyewa serta penyebaran geografi, dan akan memberikan pulangan yang stabil kepada pemegang unitnya.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Sentral Reit ambil alih Menara CelcomDigi pada harga RM450 juta
Ia dijangka mengembangkan saiz asetnya sebanyak 21 peratus daripada RM2.15 bilion setakat 31 Dis 2022, kepada kira-kira RM2.60 bilion.