awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shahril berkelayakan terajui Khazanah

Bernama
Bernama
03/08/2018
11:49 MYT
Shahril berkelayakan terajui Khazanah
Latihan mendalam diperoleh Shahril dalam bidang kewangan dan pelaburan bersesuaian dan sangat diperlukan dalam mengendalikan portfolio pelaburan Khazanah. - Gambar fail
Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkelayakan dan sesuai untuk menerajui Khazanah Nasional Bhd, memandangkan pengalaman luas dan kepakarannya dalam menguruskan pelaburan, demikian menurut seorang ahli akademik.
Profesor Ekonomi Sekolah Perniagaan Universiti Sunway, Profesor Dr Yeah Kim Leng, berkata latihan mendalam diperoleh Shahril dalam bidang kewangan dan pelaburan bersesuaian dan sangat diperlukan dalam mengendalikan portfolio pelaburan Khazanah.
Rekodnya di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) jelas menyatakan kebolehannya untuk menguruskan portfolio khazanah yang pelbagai, pelaburan di dalam dan luar negara,” katanya kepada Bernama.
Dana pelaburan strategik kerajaan itu sebelum ini mengumumkan pelantikan Shahril, yang pada masa ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWSP sebagai Pengarah Urusan yang baharu.
Beliau dijadual memulakan tugas berkenaan pada 20 Ogos.
Dalam kenyataan berasingan, KWSP juga mengesahkan pelantikan Shahril di Khazanah.
BACA: Shahril Ridza Ridzuan dilantik Pengarah Urusan Khazanah
“Shahril akan kekal sebagai CEO bagi memastikan kesinambungan dan penyerahan tugas yang sewajarnya di KWSP,” kata kenyataan itu.
Sebagai Pengarah Urusan yang baharu, Yeah berkata, memperoleh mandat yang jelas daripada kerajaan akan menjadi tugas utama Shahril dalam menstrukturkan semula dan mengorientasikan operasi Khazanah untuk maju ke hadapan.
“Ia antaranya termasuklah memberikan tumpuan kepada portfolio dan yang pentingnya, mandat Khazanah dalam meluaskan akses Bumiputera terhadap pemilikan ekuiti,” jelasnya.
Sementara itu, CEO dan Ketua Pegawai Pelaburan Hermana Capital Bhd, Datuk Nazri Khan Adam Khan, melihat pelantikan Shahril sebagai positif dan berkata, ia akan membantu meningkatkan keyakinan pelabur terhadap landskap pasaran pelaburan tempatan.
Topic Berkaitan
#Bumiputera
#ekonomi
#khazanah nasional bhd
#Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
#KWSP
#Nazri Khan Adam Khan
#pelaburan
#Shahril Ridza Ridzuan
#Yeah Kim Leng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan