awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem kewangan domestik dijangka tidak terjejas akibat kenaikan kadar US: Kenanga

Bernama
Bernama
04/10/2016
05:52 MYT
Sistem kewangan domestik dijangka tidak terjejas akibat kenaikan kadar US: Kenanga
Kenanga Research mengekalkan unjuran pertumbuhan pinjaman sistem kewangan akan menyusut kepada 5 - 6 peratus pada 2016 berbanding 7.9 peratus pada 2015. - Gambar hiasan
Sistem kewangan tempatan dijangkakan dapat menampung sebarang kesan negatif daripada pengaliran keluar modal yang besar ekoran kemungkinan kenaikan kadar US, kata Kenanga Research.
Keyakinan itu adalah bersandarkan kepada kejayaan pasaran bon domestik Malaysia, penarafan kadar hutang negara yang stabil serta tebaran hasil yang secara relatifnya tinggi berbanding aset US, katanya dalam nota kajiannya hari ini.
Firma penyelidik itu bagaimanapun berkata ia menjangkakan momentum pertumbuhan bekalan wang kekal lemah untuk tempoh berbaki tahun ini disebabkan perbelanjaan pengguna yang masih lemah serta ketidaktentuan kedudukan luar negara.
"Sementara itu, kami mengekalkan unjuran pertumbuhan pinjaman sistem kewangan akan menyusut kepada 5.0-6.0 peratus pada 2016 berbanding 7.9 peratus pada 2015," katanya.
RHB Research juga mengunjurkan bank pusat akan mengekalkan kadar pada paras 3.00 peratus semasa bagi tempoh berbaki tahun ini.
"Untuk masa hadapan, unjuran kadar faedah Malaysia masih cenderung ke arah menurun namun kami percaya ia dijangkakan selari dengan kedudukan ekonomi.
"Namun, penurunan 25 mata asas dalam kadar dasar semalaman tidak boleh diketepikan sama sekali pada separuh pertama tahun depan jika pertumbuhan ekonomi perlahan daripada yang dijangkakan," katanya. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kenanga Research
#pasaran bon domestik
#penarafan kadar hutang negara
#pengaliran keluar modal
#pertumbuhan bekalan wang
#RHB Research
#sistem kewangan tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan