Skip to main content

Dunia

Liga Dunia Islam kecam serangan terhadap UNIFIL di selatan Lubnan

United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) peacekeepers arrive at the site, after an Israeli strike severed the last remaining bridge linking southern Lebanon to the rest of the country, in Qasmiyeh, Lebanon April 16, 2026. REUTERS/Louisa Gouliamaki
Liga Dunia Islam (MWL) mengecam serangan yang menyasarkan batalion Perancis Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di selatan Lubnan. - Gambar fail/REUTERS

MAKKAH: Liga Dunia Islam (MWL) mengecam serangan yang menyasarkan batalion Perancis Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di selatan Lubnan, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung MWL merangkap Pengerusi Pertubuhan Ulama Islam Sheikh Dr Mohammed Al-Issa mengutuk serangan yang menyasarkan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan.

Advertisement

Beliau menegaskan semula pendirian MWL yang menolak dan mengecam penyasaran organisasi PBB serta misi mereka, sebagai sebahagian daripada penolakannya terhadap semua bentuk keganasan dan terorisme.

Al-Issa turut menyatakan bahawa serangan itu melanggar kewajipan antarabangsa berkaitan keselamatan dan perlindungan anggota PBB.

Beliau merakamkan ucapan takziah kepada mangsa serta mendoakan agar mereka yang cedera segera pulih.

-- BERNAMA-SPA

 

Must Watch Video