Pelbagai peralatan bagi pemasangan sistem tebatan banjir di Kelantan dan Sarawak yang dianggar bernilai RM6 juta tidak dimanfaat kerana masalah teknikal dan pemasangan, demikian menurut Laporan Ketua
Audit Negara.
Perkara itu antara kelemahan yang dikenalpasti dalam projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) di mana sejumlah RM3.35 bilion telah diperuntukkan bagi projek-projek berkenaan di seluruh negara.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 3, peralatan itu adalah bagi pemasangan Sistem Supervisory Control And Data Acquisition (SCADA) yang bernilai RM1.44 juta bagi RTB Sibu Fasa 2 dan RM4.86 juta yang diperuntukkan bagi projek RTB Sg. Kelantan Fasa 1.
Menurut laporan itu, sistem SCADA yang diperuntukkan bagi projek RTB Sibu Fasa 2, masih belum digunakan disebabkan antena masih belum dipasang kerana masih belum mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan bangunan.
"Ini berikutan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak tidak bersetuju dengan cadangan jumlah sewa yang dikenakan oleh pihak pengurusan bangunan di mana sewa keseluruhan pada permulaan berjumlah RM13,000 dan sewa bulanan berjumlah RM2,500 sekiranya antena tersebut dipasang," menurut laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat, hari ini.
Sistem SCADA digunakan bagi tujuan pengumpulan dan penyimpanan data terutamanya berkaitan aras air.
Bagi projek RTB Sg Kelantan Fasa 1, lawatan Audit pada 7 April 2015 mendapati sistem SCADA masih belum boleh digunakan sepenuhnya dan operasi untuk membuka dan menutup Pintu Air perlu dikawal secara manual.
Selain itu, pihak Audit mendapati sistem SCADA tidak dapat dilayari laman sesawang dan gagal berfungsi secara automatik seperti yang sepatutnya ketika banjir pada Disember 2014.
Dalam pada itu, laporan Audit juga mendapati bahawa sebahagian negeri khususnya di Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu yang merupakan antara negeri yang mempunyai kawasan banjir terbesar dengan kemusnahan tertinggi kurang diberi keutamaan dalam perlaksanaan RTB.
Audit mendapati projek RTB di negeri-negeri itu lambat siap kerana kelewatan proses pengambilan tanah serta halangan dan masalah di tapak projek, keadaan cuaca di tapak, perubahan reka bentuk untuk disesuaikan dengan keadaan semasa di tapak dan kelewatan penyambungan elektrik.
Antara projek RTB yang lewat siap dan diberikan lanjutan masa (EOT) satu hingga enam kali ialah RTB Sungai Muda (Hilir) Pakej 2 dan RTB Sungai Muda (Hulu) Pekaj 2B, RTB Sungai Anak Bukit di Kedah, RTB Sungai Kelantan Fasa 1 dan RTB Sibu Fasa 2 di Sarawak.
Justeru, laporan itu antara lain mengsyorkan supaya satu jawatankuasa Koordinasi di antara kerajaan dan agensi lain seperti Pihak Berkuasa Tempatan bagi membincangkan masalah berkaitan pengurusan banjir serta penyenggaraan komponen Projek RTB dari semasa ke semasa.
Bernama
Mon Nov 23 2015

Kelemahan yang dikenalpasti dalam projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) di mana sejumlah RM3.35 bilion telah diperuntukkan bagi projek-projek berkenaan di seluruh negara. - Gambar Fail
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sistem tebatan banjir bernilai hampir RM6 juta tidak dimanfaat - Laporan Audit
Pelbagai peralatan bagi pemasangan sistem tebatan banjir di Kelantan dan Sarawak yang dianggar bernilai RM6 juta tidak dimanfaat kerana masalah teknikal dan pemasangan.