JOHOR BAHRU: Inisiatif Skim Pembiayaan Pinjaman Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dan Perusahaan Mikro Negeri Johor bagi membantu golongan terbabit, dijangka dapat dimuktamadkan pada bulan depan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Beliau juga optimis bahawa skim menerusi hasil perbincangan bersama Bank Rakyat Bhd, berupaya merancakkan lagi ekonomi di negeri tersebut
"Setelah berbincang dengan delegasi Bank Rakyat, kerajaan negeri bersetuju untuk memudahcara Skim Pembiayaan Pinjaman PKS dan Perusahaan Mikro Negeri Johor bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka yang terbabit.
"Jumlah pembiayaan pinjaman adalah antara RM50,000 hingga RM500,000. Bagi terus membantu para pengusaha, kerajaan negeri akan menanggung 100 peratus kadar faedah pinjaman bagi Perusahaan Mikro serta hampir separuh daripada kadar faedah bagi PKS," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Onn Hafiz juga menyifatkan kerjasama dengan bank yang mempunyai aset melebihi RM115 billion dan merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), diyakini dapat membantu kerajaan negeri melonjakkan semula ekonomi di Johor serta selari dengan usaha dalam meningkatkan lagi prestasi sektor industri lain.
"Kerajaan negeri memandang serius cabaran yang dihadapi oleh PKS dan perusahaan mikro. Kita berharap inisiatif ini akan menjadi satu lagi pemangkin yang membolehkan mereka terus berkembang maju pada masa akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2023

Onn Hafiz optimis bahawa skim menerusi hasil perbincangan bersama Bank Rakyat Bhd itu, berupaya merancakkan lagi ekonomi di negeri tersebut. - BERNAMA

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Iran sedia pulihkan hubungan ekonomi dengan negara Arab
Iran bersedia untuk menyambung semula hubungan ekonomi dengan semua negara Arab di Timur Tengah berikutan perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi baru-baru ini.

Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Datuk Seri Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu, tetapi kini sudah kembali ke penjara.

Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan mahu lebih banyak pihak beri input
Hasil mesyuarat akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Aidilfitri.

PKNS santuni gelandangan ibu kota, ringankan beban menjelang Ramadan
PKNS berkerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Jejak Jalanan, dalam menghulurkan sumbangan.

Kerajaan sedang muktamadkan Inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 - Kementerian Kewangan
Menurut Kementerian Kewangan inisiatif itu juga tidak bercanggah dengan Seksyen 51, Akta KWSP 1991 kerana baki simpanan dalam Akaun 2 hanya digunakan sebagai sandaran.

Skim Pembiayaan Pinjaman PKS, Perusahaan Mikro Negeri Johor dimuktamad bulan depan
Inisiatif Skim Pembiayaan Pinjaman Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dan Perusahaan Mikro Negeri Johor bagi membantu golongan terbabit, dijangka dapat dimuktamadkan pada bulan depan.