awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SME Bank sasar peningkatan jualan eksport RM23 juta bagi peserta BEP

Astro Awani
Astro Awani
16/02/2022
13:04 MYT
SME Bank sasar peningkatan jualan eksport RM23 juta bagi peserta BEP
Setakat ini 73 buah syarikat tempatan telah menyertai program tersebut dan mencatat peningkatan hasil eksport sebanyak RM141.4 juta. - Foto SME Bank
KUALA LUMPUR: Seramai 11 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang juga peserta Business Exports Programme (BEP) dibawa menyertai Misi Peningkatan Eksport (EAM) di Dubai, baru-baru ini.
Ketua Pegawai Strategik Korporat Kumpulan SME Bank, Datuk Mohammad Hardee Ibrahim berkata, berdasarkan perkembangan terbaharu itu, pihaknya menyasarkan peningkatan jualan eksport sebanyak RM23 juta bagi keseluruhan peserta BEP.
“Selain daripada mencari peluang melebarkan pasaran ke peringkat antarabangsa, 11 orang usahawan PKS ini juga akan mencari peluang untuk menarik pelabur ke dalam syarikat masing-masing.
“Ini adalah antara objektif utama penyertaan mereka di bawah EAM yang turut dilancarkan di Dubai.
“Semua 11 buah syarikat ini adalah daripada sektor makanan dan minuman, telekomunikasi, pembuatan dan perkhidmatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Tambah beliau, setakat ini 73 buah syarikat tempatan telah menyertai program tersebut dan mencatat peningkatan hasil eksport sebanyak RM141.4 juta.
“Sebanyak 55 buah syarikat telah berjaya meningkatkan hasil eksport, 19 buah syarikat telah menjadi pengeksport baharu dan 13 buah syarikat telah mendapat pembiayaan daripada SME Bank berjumlah RM87.7 juta,” ujarnya.
BEP merupakan sebuah program intervensi berstruktur diletakkan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 bagi menyokong Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di bawah inisiatif mempelbagaikan eksport negara dan mengurangkan kebergantungan kepada eksport minyak dan gas.
Selain itu, BEP juga secara langsung menyokong Teras 6 di bawah Dasar Keusahawanan Negara (DKN) 2030 dalam mengantarabangsakan perusahaan berprestasi tinggi dengan memudah cara usahawan PKS Bumiputera untuk menembusi pasaran eksport.
Topic Berkaitan
#SME Bank
#PKS
#usahawan
#Dubai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan