KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar dan penyedia perkhidmatan penyelenggaraan, SMH Rail Sdn Bhd (SMH Rail) melancarkan Lokomotif ‘H10 Series’, ia dibuat dengan teknologi canggih untuk mengurangkan pelepasan karbon.
Pembuatan kereta api itu adalah seiring congan kata syarikat berkenaan - ‘Towards Green Mobility’ (Mempelopori Pengangkutan Mesra Alam).
Lokomotif ‘H10 Series’ yang mesra alam ini membawa manfaat besar kepada ekosistem kenderaan rel, dengan inovasi reka bentuk kejuruteraan yang akan menggalakkan operasi hijau.
Pengerusi dan Pengarah Urusannya Datuk PK Nara berkata, SMH Rail berkomited untuk membina penyelesaian inovatif dalam industri rel global.
“Syarikat ini mempunyai pengalaman menjangkau lebih dua dekad dalam menyediakan penyelesaian kejuruteraan rel kepada pengendali rel di peringkat serantau dan global.
"Pelancaran lokomotif diesel-elektrik berkuasa tinggi, yang dikenali sebagai lokomotif ‘H10 Series’ ini adalah bukti kemampuan SMH Rail untuk menyediakan teknologi canggih sejajar dengan standard industri kereta api global," katanya dalam majlis pelancaran lokomotif ‘H10 Series’ yang diadakan secara maya.
Beliau berkata, pencapaian penting SMH Raik dalam projek berkenaan adalah menggunakan lebih 60% komponen tempatan dalam pembuatan lokomotif itu.
train
''Kelompok lokomotif pertama itu akan dibekalkan kepada Tanzania Railways Corporation yang telah membuat tempahan berasaskan sokongan dana daripada Bank
Dunia,'' katanya, lapor Bernama.
“Saya yakin bahawa lokomotif ini akan membawa manfaat ekonomi kepada industri kargo rel Afrika. Lokomotif ini akan menjadi penghubung destinasi, meluaskan
capaian rantaian bekalan, mempercepatkan industrialisasi dan menggalakkan perdagangan rentas sempadan, kata PK Nara.
Menurutnya lokomotif ‘H10 Series’ itu berpotensi untuk menggantikan 100 trak kargo, mengurangkan pelepasan karbon sehingga 75%, menurunkan kadar kesesakan lebuh raya dan menjimatkan bahan api secara purata sebanyak empat kali berbanding pengangkutan darat.
Berikutan pertumbuhan pesat dalam sektor penyelesaian pengangkutan, lokomotif ‘H10 Series’ membuka laluan ke arah masa depan yang bersih, pantas dan hijau.
train
SMH Rail, sejajar dengan aspirasinya untuk menempatkan Malaysia sebagai hab pembuatan kereta api serantau akan terus memanfaatkan peluang dan kerjasama bagi mengukuhkan kedudukannya di peringkat kebangsaan dan serantau, katanya.
*Artikel asal di DagangNews.com
Dagang News
Sat Aug 21 2021
SMH Rail lancar Lokomotif H10 Series yang diperbuat dengan teknologi canggih untuk mengurangkan pelepasan karbon. -Foto Dagang News
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
SMH Rail lancar lokomotif pertama buatan Malaysia
Pembuatan kereta apai itu adalah seiring congan kata syarikat itu - Towards Green Mobility (Mempelopori Pengangkutan Mesra Alam).