SPOTIFY sebelum ini sedia membuang 600 pekerja pada bulan Januari, dan 200 tambahan lagi pada Jun.

Kini, untuk kali ketiga, Spotify mengumumkan akan mengurangkan seramai 17% tenaga kerja mereka, yang akan memberi kesan terhadap 1500 pekerja syarikat berkenaan.

Spotify menyatakan langkah ini adalah dalam usaha terus mengoptimasikan kos operasi perkhidmatan penstriman berkenaan.

CEO Spotify turut menyatakan mereka telah mengambil lebihan pekerja pada 2020 dan 2021 lepas, yang membawa kepada kesan kini.

Di samping itu, Spotify turut telah melakukan pelaburan tinggi dalam perkhidmatan podsiar.

Spotify pada hari ini mempunyai lebih 600 juta pengguna pada platform mereka, dan menyasarkan untuk mencapai 1 bilion pengguna menjelang 2030 kelak.

Dengan langkah mengurangkan pekerja ini, Spotify dijangka akan mengurangkan kos operasi, sekali gus mencapai kadar keuntungan operasi dengan lebih pantas lagi.