awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SRC International adalah peminjam bertanggungjawab, kata KWAP

Bernama
Bernama
12/04/2016
08:44 MYT
SRC International adalah peminjam bertanggungjawab, kata KWAP
Wan Kamaruzaman berkata, pinjaman itu dijamin kerajaan bagi melindungi kepentingan pihak berkepentingan dalam KWAP. - Foto fail
SRC International Sdn Bhd adalah peminjam bertanggungjawab yang menjelaskan faedah pinjamannya kepada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) secara tetap.
Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad berkata, SRC International juga telah memenuhi semua syarat yang disertakan bersama pinjaman yang perlu dibayar kembali dalam tempoh 10 tahun.
"Kini mereka sedang membayar faedah ke atas pinjaman mereka melalui dua bahagian sebanyak RM2 bilion tiap satu, dijadual masing-masing pada 2021 dan 2022," katanya kepada pemberita di majlis Invest Malaysia 2016 di sini, hari ini.
Menurut terma pinjaman berkenaan, syarikat itu perlu menjelaskan faedah pinjaman dalam tempoh lima tahun pertama serta faedah dan pokok dalam lima tahun berikutnya.
Wan Kamaruzaman berkata, pinjaman itu dijamin kerajaan bagi melindungi kepentingan pihak berkepentingan dalam KWAP.
SRC International sebelum ini menjelaskan yang keseluruhan RM4 bilion yang dipinjamkan KWAP atas terma komersil normal, diambil kira sepenuhnya dalam kunci kira-kiranya, selaras dengan amalan perakaunan dan tadbir urus standard.
Topic Berkaitan
#Invest Malaysia 2016
#Kumpulan Wang Persaraan
#KWAP
#SRC International
#Wan Kamaruzaman Wan Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan