KUALA LUMPUR: CGS-CIMB Research (CGS-CIMB) menjangkakan stok minyak sawit dalam negara ini meningkat 8.2 peratus secara bulanan kepada 2.5 juta tan menjelang akhir Oktober berikutan pengeluaran yang lebih tinggi mengatasi eksport yang lebih tinggi.
Cabang penyelidikan CGS-CIMB Securities itu menjelaskan pihaknya juga yakin harga minyak sawit mentah (MSM) boleh didagangkan dalam julat RM3,500 hingga RM4,500 satu tan pada Oktober 2022.
"Harga MSM dijangka kekal rendah pada Oktober berikutan persaingan daripada eksport minyak sawit Indonesia yang lebih tinggi.
"Bagaimanapun, penurunan harga MSM akan dihadkan oleh diskaun menariknya berbanding minyak makan pesaing," menurutnya dalam nota penyelidikan pada Rabu.
Ia juga menjangkakan peladang huluan di Malaysia mencatatkan keuntungan bersih suku ketiga yang lemah berdasarkan sukuan dan tahunan disebabkan harga MSM yang lebih rendah.
Purata harga MSM Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) turun 39.1 peratus secara tempoh sukuan dan 9.6 peratus secara tahunan pada suku ketiga kepada RM3,990 satu tan, yang lebih daripada mengimbangi kenaikan 13.5 peratus secara sukuan dan 2.7 peratus secara tahunan dalam pengeluaran MSM yang direkodkan oleh estet Malaysia bagi tempoh yang sama, tambahnya.
"Ini, ditambah dengan kos operasi yang lebih tinggi berikutan kenaikan gaji minimum di Malaysia kepada RM1,500 sebulan berkuat kuasa 1 Mei 2022, dan kos baja yang lebih tinggi serta cukai keuntungan luar biasa atau Cukai Makmur berkemungkinan menjejaskan keuntungan suku ketiga penanam," menurutnya.
Sementara itu, Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) turut senada apabila menjangkakan stok MSM kekal tinggi pada Oktober.
"Walaupun harga minyak sawit yang rendah menggalakkan penggunaan minyak sawit, ini mungkin diimbangi oleh langkah berterusan kerajaan Indonesia untuk mengurangkan paras inventorinya yang membebankan," jelasnya.
Menurut bank pelaburan itu, selepas komoditi ini mencecah paras tertinggi sepanjang masa iaitu RM8,074 satu tan pada awal Mac 2022, harga MSM telah mengalami aliran penurunan (dan mencatatkan purata RM5,442 satu tan setakat ini bagi 2022), berikutan langkah Indonesia untuk mengurangkan inventori minyak sawitnya.
"Kami sedang menyemak andaian harga MSM bagi 2022-2024 kami iaitu RM5,500/4,500/3,800 satu tan dengan kecenderungan menurun susulan prospek bekalan yang bertambah baik, unjuran permintaan yang tidak menentu (akibat ketidaktentuan ekonomi) serta langkah berterusan Indonesia untuk mengurangkan inventori minyak sawitnya," jelasnya.
Walaupun terdapat kecenderungan menurun terhadap andaian harga MSM, HLIB mengekalkan pandangan bahawa sektor perladangan dijangka mengatasi prestasi pasaran dalam tempoh 12 bulan akan datang, susulan penilaian yang baik terutama selepas pembetulan ketara dalam harga saham penanam baru-baru ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 12 2022
CGS-CIMB Research yakin harga minyak sawit mentah (MSM) boleh didagangkan dalam julat RM3,500 hingga RM4,500 satu tan pada Oktober 2022. - Bernama
Polis Israel guna meriam air leraikan protes antikerajaan
Penunjuk perasaan menggesa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berundur dan mengadakan pilihan raya baharu.
Rejim Zionis mara ke Jabalia, antara kem pelarian terbesar
Lokasi operasi rejim itu tertumpu di Jabalia, salah satu daripada lapan kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Berita terkini insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang yang lain, pada Sabtu.
Filem terbaharu ‘The Experts’ tampil pelakon hebat, genre berlainan buat peminat
Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata.
Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa
Dia tidak menitiskan air mata sepanjang berada di Johor Bahru bagi menyelesaikan urusan jenazah anak keempat daripada lapan itu.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
ASEAN dan EU akan adakan mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama tentang minyak sawit
Komitmen ini ditekankan ketika Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Bersama ASEAN-EU (JCC) Ke-31 yang berlangsung di Jakarta pada Rabu.
Minyak sawit: Tiada tolak ansur terhadap produk terbabit kempen boikot - Armizan
KPDN akan menjalankan penguatkuasaan tegas terhadap mana-mana produk yang terbabit dengan kempen tersebut.
MSPO mampu penuhi permintaan EUDR, kata pakar
Panel pakar pensijilan yang dipanggil oleh MPOC telah menilai keupayaan pensijilan MSPO sebagai instrumen untuk memastikan pematuhan kepada EUDR.
Stok minyak sawit pada Mac susut 10.68 peratus kepada 1.71 juta tan - MPOB
Stok MSM negara menurun 22.22 peratus kepada 797,974 tan pada Mac daripada 1.03 juta tan yang dicatatkan pada Februari.
Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta
FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.
Minyak sawit harus dapat layanan adil, kata PM Anwar kepada Jerman
Sebagai pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia, Malaysia gesa Jerman ambil pendekatan inklusif dan adil berkaitan eksport komoditi itu ke Eropah.
KPK akan ambil tindakan terhadap produk mendiskriminasi minyak sawit Malaysia - Johari
KPK akan bekerjasama dengan KPDN untuk mengambil tindakan tegas terhadap syarikat pengimport produk yang mendiskriminasi minyak sawit di negara ini.
Malaysia menang tuntutan kes diskriminasi minyak sawit Kesatuan Eropah
Malaysia memenangi kes tuntutan diskriminasi minyak sawit negara yang diperuntukkan dalam Akta Delegasi Kesatuan Eropah (EU).
MATRADE ketuai delegasi Malaysia ke Gulfood 2024 di Dubai
MATRADE akan mengetuai 80 syarikat Malaysia dan lima agensi kerajaan ke pameran Gulfood 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), dari 19 Feb hingga 23 Feb, 2024.
KPK ambil tindakan tegas pamer label diskriminasi minyak sawit
KPK memandang serius isu berkenaan dan tindakan tegas akan diambil terhadap pengimport, pengedar, penjual dan pihak berkaitan yang melakukan kesalahan tersebut.