KUALA LUMPUR: Sunway Bhd (Sunway) melantik Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dan Bebas konglomerat itu berkuat kuasa serta-merta.
Sunway berkata Abdul Wahid, 62, ketika ini menyandang jawatan sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas Cypark Resources Bhd dan IOI Corporation Bhd.
Advertisement
“Beliau menamatkan tempoh perkhidmatan selama lima tahun sebagai Pengerusi Bursa Malaysia Bhd pada 30 April 2025,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Pada penutup, saham Sunway meningkat lapan sen atau 1.53 peratus kepada RM5.30 di Bursa Malaysia.
-- BERNAMA