Ringkasan AI
- Apple melancarkan iPad mini baharu dengan paparan Super Retina XDR OLED 8.5 inci, menawarkan pembaharuan terbesar dalam siri tablet kompak itu.
- Peranti ini dikuasakan cip A20 Pro, menyokong Apple Intelligence, dan hadir dengan pilihan storan 128GB, 256GB, serta 512GB.
- iPad mini baharu ditawarkan di Malaysia bermula RM2,999 dengan pratempahan dibuka 29 Oktober dan jualan rasmi bermula 6 November.
APPLE memperkenalkan iPad mini generasi baharu yang hadir dengan paparan OLED buat pertama kali, sekali gus menjadi pembaharuan terbesar bagi siri tablet kompak itu setakat ini, lapor Amanz.
iPad mini baharu itu menampilkan paparan Super Retina XDR OLED bersaiz 8.5 inci, berbanding 8.3 inci sebelum ini, hasil pengurangan bingkai skrin sebanyak 24 peratus.
Apple turut menawarkan pilihan kaca nano-tekstur bagi mengurangkan pantulan cahaya.
Tablet berkenaan hanya setebal 5.4 milimeter dan dikuasakan cip A20 Pro berasaskan teknologi proses 2 nanometer yang menyokong Apple Intelligence.
Model 128GB dan 256GB dilengkapi Neural Engine 16-teras, manakala model 512GB hadir dengan Dual 16-core Neural Engine untuk tugasan AI yang lebih intensif.
Menurut Apple, cip itu menawarkan prestasi CPU sehingga 60 peratus lebih pantas berbanding generasi terdahulu, selain menyokong Wi‑Fi 7 dan Bluetooth 6.
Bagi pasaran Malaysia, iPad mini baharu ditawarkan dalam warna Midnight dan Starlight dengan pilihan storan 128GB, 256GB dan 512GB.
Peranti itu turut dilengkapi kamera hadapan 12MP Center Stage yang kini ditempatkan pada sisi mendatar untuk pengalaman panggilan video yang lebih baik, selain menjadi iPad pertama menerima penarafan kalis air dan debu IP67. Ia menjalankan sistem operasi iPadOS 27.
Di Malaysia, model Wi‑Fi ditawarkan pada harga bermula RM2,999 manakala model Wi‑Fi + Selular bermula RM3,699.
Pratempahan dibuka melalui Apple Store Malaysia bermula 1.10 pagi pada 29 Oktober, manakala jualan rasmi bermula 6 November.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah ciri utama iPad mini generasi baharu yang diumumkan Apple?
A: iPad mini generasi baharu hadir dengan paparan Super Retina XDR OLED 8.5 inci, cip A20 Pro berasaskan teknologi 2 nanometer, sokongan Apple Intelligence, dan penarafan kalis air dan debu IP67. - Q: Apakah pilihan storan dan warna yang ditawarkan untuk iPad mini baharu di Malaysia?
A: iPad mini baharu ditawarkan dalam storan 128GB, 256GB, dan 512GB serta pilihan warna Midnight dan Starlight. - Q: Berapakah harga iPad mini baharu di Malaysia?
A: Model Wi‑Fi bermula pada harga RM2,999 manakala model Wi‑Fi + Selular bermula RM3,699. - Q: Bilakah pratempahan dan jualan rasmi iPad mini baharu dibuka di Malaysia?
A: Pratempahan dibuka pada 29 Oktober jam 1.10 pagi melalui Apple Store Malaysia, dan jualan rasmi bermula 6 November. - Q: Apakah kelebihan kamera hadapan iPad mini baharu?
A: Kamera hadapan 12MP Center Stage kini ditempatkan pada sisi mendatar untuk pengalaman panggilan video yang lebih baik.