awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Supermax akan sambung semula eksport sarung tangan pakai buang ke AS

Bernama
Bernama
20/09/2023
09:22 MYT
Supermax akan sambung semula eksport sarung tangan pakai buang ke AS
SCB berkata, USCBP AS telah mengubah suai WRO yang dikeluarkan terhadap SCB dan tidak akan lagi menahan sarung tangan pakai buang yang dihasilkan oleh SCB dan anak syarikatnya. - Gambar fail/Dagang News
KUALA LUMPUR: Supermax Corporation Bhd (SCB) dan anak syarikat milik penuhnya telah dibenarkan untuk menyambung semula eksport sarung tangan pakai buangnya ke Amerika Syarikat (AS) bermula 18 Sept, 2023.
Anak syarikat milik penuh SCB ialah Supermax Glove Manufacturing Sdn Bhd, Maxter Glove Manufacturing Sdn Bhd dan Maxwell Glove Manufacturing Bhd.
SCB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (USCBP) AS telah mengubah suai Perintah Pelepasan Penahanan (WRO) yang dikeluarkan terhadap SCB dan tidak akan lagi menahan sarung tangan pakai buang yang dihasilkan oleh SCB dan anak syarikatnya berikutan kejayaan pemulihan penunjuk buruh paksa dalam rantaian bekalan syarikat.
Kastam AS mengeluarkan WRO ke atas produk Supermax pada 21 Okt, 2021, berdasarkan bukti yang munasabah menunjukkan kehadiran 10 penunjuk buruh paksa Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Sebagai tindak balas kepada WRO tersebut, Supermax menunjukkan kepada USCBP bahawa ia telah mengambil langkah-langkah untuk memulihkan penunjuk buruh paksa yang dikenal pasti dalam rantaian bekalannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#sarung tangan pakai buang
#buruh paksa
#supermax
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan