awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Supermax batal pembelian tanah bernilai RM73.5 juta daripada SP Setia

Dagang News
Dagang News
14/02/2022
23:15 MYT
Supermax batal pembelian tanah bernilai RM73.5 juta daripada SP Setia
Pada 21 Sept 2020, Supermax menerusi Maxter memeterai perjanjian jual beli dengan Bandar Setia Alam untuk membeli 2 bidang tanah berukuran kira-kira 1.99 hektar di Bukit Raja. - Foto DagangNews
KUALA LUMPUR: Supermax Corp Bhd membatalkan cadangan untuk memperoleh 2 bidang tanah pegangan bebas daripada anak syarikat SP Setia Bhd, Bandar Setia Alam Sdn Bhd dengan tunai RM73.49 juta.
Ini berikutan kegagalannya mendapatkan kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengetepikan 30% syarat pemilikan ekuiti bumiputera sebelum pemindahan hak milik tanah itu.
Dalam makluman di Bursa Malaysia, Supermax berkata, cadangan pengambilalihan ini tertakluk kepada kelulusan EPU untuk pemindahan pemilikan tanah jika Maxter memenuhi 30% pemilikan ekuiti bumiputera.
"Pada 24 Mei 2021, Maxter telah mengemukakan rayuan untuk mengetepikan syarat kelulusan EPU, tetapi telah ditolak pada 15 Disember 2021.
"Berdasarkan perkara di atas, Maxter telah memohon penamatan SPA mengikut Klausa 2A.4 SPA di mana ia ditetapkan bahawa pembeli berhak untuk menamatkan SPA jika syarat EPU selepas rayuan tidak diterima oleh pembeli," jelasnya pada Isnin.
Pada 21 September 2020, Supermax menerusi Maxter memeterai perjanjian jual beli dengan Bandar Setia Alam untuk membeli 2 bidang tanah berukuran kira-kira 1.99 hektar (hampir 4.962 ekar) di Bukit Raja.
Syarikat pengeluar sarung tangan getah itu merancang untuk membina ibu pejabat operasi bagi anak syarikat milik penuhnya, Maxter Glove Manufacturing Sdn Bhd di kawasan tersebut yang terletak di Setia Alam, Selangor.
Susulan penamatan itu, kumpulan berkata, jumlah bayaran balik deposit termasuk duti setem telah diterima dengan sewajarnya oleh Supermax pada 27 Januari dan kaveat ke atas tanah itu ditarik balik berkuat kuasa 31 Januari.
"Penamatan ini tidak memberi kesan material kepada pendapatan sesaham kumpulan, aset bersih sesaham dan gearan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022," jelasnya.
* Artikel asal disiarkan di DagangNews.com.
Topic Berkaitan
#supermax
#pemilikan tanah
#ekuiti bumiputera
#kelulusan EPU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan