KUALA LUMPUR: Kerajaan baharu Malaysia perlu menggubal dasar strategik, insentif dan direktif untuk menggalakkan kelancaran penghijrahan bagi penubuhan syarikat teknologi bersih (cleantech) sebagai jalan ke hadapan dalam mencapai kejayaan ekonomi.
Syarikat-syarikat ini boleh menawarkan produk atau perkhidmatan yang mampu meningkatkan kesihatan jangka panjang alam sekitar yang semakin mendapat permintaan pasaran, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Datuk Dr Rais Hussin.
Rakyat Malaysia pula sewajarnya, memanfaatkan kepakaran serta daya saing mereka untuk memulakan syarikat cleantech, yang bakal menjadi perusahaan terbesar di dunia yang akan menggantikan gergasi teknologi semasa, katanya kepada Bernama.
Ini disebabkan cabaran perubahan iklim telah menuntut perubahan kesedaran, yang mana manusia mula mengimbangi kepenggunaan dengan persekitaran mereka.
Beliau berkata ianya telah melahirkan pertumbuhan eksponen dalam kenderaan elektrik, pengurusan karbon, dron, robotik, kelestarian dan tenaga bersih.
"Malah, cleantech akan berkembang merangkumi semua industri," katanya.
Perniagaan dalam sektor cleantech menawarkan produk atau perkhidmatan yang berusaha untuk meningkatkan kesihatan kehijauan dengan mengurangkan kesan alam sekitar industri tradisional yang berbahaya selain mewujudkan produk inovatif yang mengubah cara industri ini berfungsi.
Rais menjelaskan lagi, perkara tersebut perlu menjadi sebahagian daripada agenda inovasi kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sama seperti ekonomi inovasi terbaik di tempat lain.
Beliau berkata EMIR Research, sebuah badan pemikir yang memberi tumpuan kepada cadangan dasar strategik berdasarkan penyelidikan yang terperinci, menyokong agenda inovasi Malaysia yang sewajarnya menjadi gerakan holistik merangkumi bidang-bidang lain selain cleantech.
Ini termasuk transformasi digital, pelaburan asing, keselamatan makanan, perpaduan, toleransi, ketelusan radikal, tadbir urus yang baik serta pembendungan kos.
Untuk tujuan ini, "kerajaan perlu memimpin dalam menggantikan sistem lama yang sudah lapuk dan rosak di titik masalah masyarakat, institusi dan ekonomi".
Beliau berkata matlamatnya adalah untuk menggantikan eksploitasi yang tidak adil dengan pemerkasaan yang saksama bagi memenuhi keperluan rakyat dengan lebih baik, bukan sahaja kepada masa sekarang tetapi juga untuk kemajuan masa depan Malaysia.
Banyak keputusan Anwar selepas mesyuarat kabinet pertamanya menunjukkan hala tuju strategik kerajaan untuk menerajui negara ke trajektori baharu kejayaan ekonomi.
Dan yang paling kritikal antaranya ialah keselamatan makanan, yang mana pengajaran penting yang dipelajari daripada pandemik global perlu diselesaikan secara struktur untuk mengelakkan ianya berulang lagi.
Ini termasuk usaha menangani import bersih bernilai RM65 bilion dalam makanan tahunan negara, dengan meningkatkan tanah pertanian semasa atau tanah yang digunakan untuk agro makanan daripada dua peratus kepada 10 peratus.
Selain itu, kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pertanian perlu menerajui pelaburan serta menggalakkan penggunaan teknologi inovatif termasuk amalan lestari dalam bidang pertanian, perikanan dan ternakan.
Dengan cara ini, sektor-sektor berkenaan boleh menjadi industri inovasi yang menarik pekerja berpengetahuan serta menarik belia kembali mengusahakan tanah atau ke lautan dengan gaji yang tinggi dan keadaan kerja yang lebih baik.
Beliau juga berkata kerajaan perlu menjadi pemangkin kepada ekonomi digital yang berkembang pesat semasa sekatan pergerakan global ekonomi fizikal.
Ia telah membawa perubahan yang cepat malah menggubah pemikiran dan tingkah laku orang selain menetapkan hala tuju yang kini tidak dapat dielakkan atau diubah kembali.
Kerajaan boleh berbuat demikian dengan melengkapkan syarikat permula niaga tempatan dengan protokol Internet (IP) bersumber antarabangsa dan pemindahan pengetahuan dari mana sahaja ia wujud.
Dengan berbuat demikian, ia bukan sahaja akan mencetuskan komuniti dan ekosistem yang berkembang maju di Malaysia tetapi juga berfungsi sebagai pelancar untuk memasuki pasaran digital yang menarik di Asia Tenggara, antara ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia hari ini, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 12 2022

Rais berkata, rakyat Malaysia sewajarnya memanfaatkan kepakaran serta daya saing mereka untuk memulakan syarikat cleantech, yang bakal menjadi perusahaan terbesar di dunia, menggantikan gergasi teknologi semasa. - Gambar fail
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Lawatan Anwar ke Arab Saudi perlu dilihat dari perspektif holistik - Penganalisis
Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi baru-baru ini harus dilihat dari perspektif holistik dan sihat.

Syarikat cleantech adalah jalan terbaik Malaysia - CEO EMIR Research
Syarikat-syarikat ini boleh menawarkan produk atau perkhidmatan yang mampu meningkatkan kesihatan jangka panjang alam sekitar.

Setiap kementerian wajib papar KPI masing-masing - Rais Hussin
Kerajaan perlu telus dengan setiap perancangan mereka dan bertanggungjawab atas setiap kejayaan mahupun kegagalan masing-masing.

Rais dah keluar parti, ahli Bersatu lain bila nak keluar? - Zahid Hamidi
Kata Ahmad Zahid, sekiranya Bersatu tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak, adalah sudah terlambat untuk berbuat demikian.

Biar kerajaan bertukar ganti, institusi antirasuah harus terus kukuh - Rais Hussin
Dr Rais berkata, pelbagai jenis undang-undang rasuah yang ketat boleh diwujudkan, namun ia harus selari dengan komitmen masyarakat.

Majoriti rakyat Malaysia setuju sistem pendidikan satu aliran - Kajian
Menerusi tinjauan pendapat yang dilakukan EMIR Research pada Disember 2020, sejumlah 54 peratus responden bersetuju dengan cadangan itu.

Kerajaan perlu bijak tangani kemarahan dan kekecewaan sebilangan rakyat
Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu bijak menguruskan kekecewaan dan kemarahan dari kumpulan rakyat yang tidak berpuas hati.

Perikatan Nasional boleh 'pinjam' manifesto dari mana-mana parti - Jahaberdeen
Kerajaan Perikatan Nasional berada dalam posisi terbaik untuk mengguna pakai mana-mana manifesto dari mana-mana parti selagi ia membawa manfaat untuk rakyat.

'Idea kereta terbang itu sampah!' - Rais Hussin
Ketua Biro Polisi dan Strategi PPBM Dr Rais Hussin berkata perhatian sewajarnya diberikan kepada isu yang sepatutnya.

The 'black credit card' from Goldman Sachs to Malaysia
In the case of 1MDB, what Goldman Sachs did to Malaysia was akin to issuing a credit card with no spending limit to a gambling addict. Datuk Dr Rais Hussin writes.