awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
Projek baik pulih cerun VHF perkukuh keselamatan infrastruktur negara
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tabung Haji beli 1.75 juta saham tambahan DRB Hicom

Bernama
Bernama
06/03/2017
14:44 MYT
Tabung Haji beli 1.75 juta saham tambahan DRB Hicom
DRB-Hicom berkata, TH membeli 750,000 saham syarikat berkenaan daripada pasaran terbuka pada 2 Mac, diikuti satu juta lagi pada 3 Mac. - Gambar fail
Lembaga Tabung Haji (TH) telah membeli 1.75 juta saham tambahan untuk memiliki 5.09 peratus jumlah pegangan atau 98.32 juta saham dalam DRB-Hicom Bhd.
Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, DRB-Hicom berkata, TH membeli 750,000 saham syarikat berkenaan daripada pasaran terbuka pada 2 Mac, diikuti satu juta lagi pada 3 Mac.
DRB-Hicom baru-baru ini melaporkan keuntungan sebelum cukai RM422.33 juta pada suku ketiga berakhir 31 Disember 2016 berbanding kerugian sebelum cukai RM147.15 juta dicatat dalam suku yang sama 2015.
Pendapatannya meningkat kepada RM3.43 bilion berbanding RM3.33 bilion sebelum ini.
Katanya, sektor kereta adalah penyumbang utama kepada pendapatan, dirangsang oleh pelbagai pelancaran oleh anak syarikat kumpulan berkenaan, Proton Holdings Bhd.
Saham DRB-Hicom menjadi tumpuan dalam beberapa bulan kebelakangan ini berikutan berita mengenai usahanya mencari rakan kongsi strategik untuk bekerjasama dengan Proton.
Pencarian kumpulan itu dijangka berakhir menjelang separuh pertama tahun ini, katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#DRB-Hicom
#Lembaga Tabung Haji
#TH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan