Hab Halal Tanjung Manis (HHTM) di Bahagian Mukah, Sarawak, bakal menjadi nukleus kepada perkembangan industri halal di negeri ini, kata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.
Katanya, antara sektor yang akan menjadi tumpuan bagi perkembangan industri ini termasuklah akuakultur, pertanian, pelancongan, penghasilan produk-produk makanan, kesihatan dan kosmetik.
"Pembangunan industri halal di Sarawak akan menjadi antara penyumbang kepada nilai eksport halal Malaysia yang kini telah mencecah RM32 bilion," katanya dalam ucapan beliau sempena merasmikan Halal Outreach Programme (Hope) 2014 peringkat negeri Sarawak di sini, hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.
Adenan berkata HHTM yang mula diperkenalkan pada 2010 dengan keluasan 124,000 hektar serta menerima pengiktirafan sijil HALMAS daripada Halal Industry Development Corporation merupakan hab halal terbesar di rantau Asia Tenggara.
Menurutnya, ia juga merupakan satu-satunya hab halal yang menyediakan kemudahan untuk melaksanakan aktiviti huluan, pertengahan dan hiliran berbanding hab halal lain di rantau ini.
"HHTM yang merupakan antara nod (pusat) pertumbuhan SCORE (Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak) kini sedang giat dilengkapkan dengan segala prasarana yang terbaik bagi menghadapi kemasukan pelabur-pelabur dari dalam dan luar negara pada penghujung 2015," katanya.
Adenan berkata proses mengenal pasti pemain-pemain industri halal di Sarawak juga sedang giat dilaksanakan melalui pengumpulan data berkaitan pengusaha, pengeluar, pembekal dan peniaga dalam industri berkenaan.
Katanya bagi tahun ini, sebanyak 141 syarikat di Sarawak telah diberikan sijil halal di mana sembilan merupakan syarikat multinasional, 76 industri kecil dan 56 industri kecil sederhana.
Bernama
Mon Aug 18 2014
ADENAN: HHTM yang merupakan antara nod (pusat) pertumbuhan SCORE. - Gambar Fail
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
[TERKINI] Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, permohonan berkenaan disampaikan beliau pada pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pada Khamis.
MOTAC siasat isu tular 'kekecewaan' pelancong China
Datuk Seri Tiong King Sing sedang menyiasat isu tular berhubung dakwaan pelancong China meluahkan rasa kecewa mengenai pengalaman semasa melancong ke Malaysia.
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing Berkata, Isu-isu Tersebut Tidak Sepatutnya Dikaitkan Dengan Sektor Pelancongan Khususnya Dengan Kehadiran Pelancong Dari China Memandangkan Mereka Antara Penyumbang Terbesar Kepada Hasil Ekonomi Malaysia.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.