awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis cedera ditembak: Enam individu ditahan bantu siasatan

Bernama
Bernama
07/09/2025
21:40 MYT
Polis cedera ditembak: Enam individu ditahan bantu siasatan
Datuk Noor Hisam Nordin, Ketua Polis Perak. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Polis menahan enam individu bagi membantu siasatan kes tembak terhadap seorang anggota polis dan penemuan mayat seorang wanita di Simpang Pulai pagi semalam.
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin ketika dihubungi berkata mereka ditahan untuk direkodkan keterangan.
"Lima lelaki, seorang wanita ditahan bagi diambil keterangan," katanya dalam jawapan ringkas kepada Bernama malam tadi.
Terdahulu, anggota polis berusia 26 tahun dari Balai Polis Simpang Pulai itu dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini akibat terkena tembakan di bahagian perut dan tikaman pisau semasa bergelut dengan suspek yang disyaki terlibat dengan kes bunuh di kebun kelapa sawit berhampiran sebuah kilang di Simpang Pulai pagi semalam.
Dalam kejadian 1.15 pagi itu, pemeriksaan lanjut terhadap kereta suspek menemukan mayat seorang wanita di bahagian tempat duduk belakang kenderaan terbabit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302/307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Noor Hisam Nordin
#mayat wanita dalam kereta
#simpang pulai
#polis ditembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan