Berikutan pengunduran Amerika Syarikat (AS) daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), Malaysia wajar menimbang untuk beralih kepada ASEAN sebagai alternatif untuk mendapatkan tawaran perdagangan dengan negara dari benua lain.
Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia Datuk Wira Jalilah Baba berkata sebagai satu pakatan, ASEAN akan dapat menarik lebih banyak perhatian daripada negara lain untuk menandatangani perjanjian dua hala.
"Sudah pasti pengunduran AS daripada perjanjian TPP akan melambatkan kemajuan 11 anggota yang lain. Untuk itu, kita perlu mencari cara terbaik untuk memastikan ia tidak menjejaskan rancangan masa depan," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai tindakan AS itu.
Sebagai contoh, menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) secara individu akan mengambil masa yang lebih panjang, namun berdasarkan pakatan yang lebih besar seperti ASEAN, ia akan menjadi lebih mudah.
Beliau juga mencadangkan kerajaan mengkaji semula cadangan FTA Malaysia AS sebagai aturan sama-sama menang yang baharu dengan pentadbiran Presiden Donald Trump.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Profesor Dr Zakariah Abdul Rashid berkata Malaysia tidak harus membataskan dirinya untuk meneruskan FTA dua hala dengan anggota perjanjian TPP, malah turut meliputi bukan ahli, seperti Iran.
"Dalam senario semasa, dengan dunia Barat mengamalkan dasar perlindungan, Malaysia perlu meneroka pasaran baharu untuk menjamin prestasi eksportnya.
"Salah satu cara untuk mengembangkan eksport ialah dengan menjalin lebih banyak FTA dua hala, yang mampu meningkatkan aliran dagangan negara," katanya.
Memandangkan saiz ekonomi Malaysia agak kecil, beliau berkata negara mesti dipacu oleh dagangan luar untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan.
"Kita tidak boleh bergantung kepada permintaan dalam negeri untuk memacu ekonomi. Kita perlukan dagangan antarabangsa bagi memastikan pertumbuhan jangka panjang negara.
"Walaupun rundingan perdagangan agak mencabar, inilah cara untuk mengekalkan ekonomi," kata Zakariah
Pada 21 Jan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Malaysia boleh mengkaji kemungkinan menjalin FTA dua hala dengan anggota perjanjian TPP, jika perjanjian itu gagal menjadi kenyataan.
Sementara itu, Ketua Penyelidi MIDF Zulkifli Hamzah berkata pengunduran AS daripada TPP sudah dijangka dan diambil kira oleh pasaran kewangan.
"Bagi anggota lain dalam TPP, keadaan masih kabur, dan kami perlu menunggu pengumuman rasmi.
"Ada kemungkinan 11 baki anggota akan meneruskan TPP, namun pemimpin Jepun, Shinzo Abe, berkata tanpa AS, TPP tidak akan bermakna," katanya.
Beliau bagaimanapun berkata AS kekal sebagai rakan dagang yang penting bagi Malaysia walaupun tanpa TPP.
"Kami yakin Trump memperakui merit perdagangan antarabangsa. Apa yang perlu dilakukan oleh Malaysia ialah untuk terus melibatkan kerajaan AS supaya suasana sama-sama menang dicapai," katanya.
Dalam kenyataan pertama yang dikeluarkan oleh pentadbiran AS selepas Trump mengangkat sumpah jawatan pada Jumaat, AS mengumumkan pengunduran daripada perjanjian TPP selari dengan janji kempennya yang mengutamakan kepentingan negara itu.
Dalam satu kenyataan bertajuk 'Tawaran Perdagangan Bekerja Untuk Semua Rakyat Amerika', Rumah Putih juga mengumumkan rundingan semula Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA).
"Jika rakan kongsi kami menolak rundingan semula yang memberikan keadilan kepada pekerja Amerika, Presiden akan memberi notis mengenai hasrat AS untuk menarik diri daripada NAFTA," kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 24 2017

Berikutan pengunduran AS daripada TPP, Malaysia wajar menimbang untuk beralih kepada ASEAN sebagai alternatif. - Gambar fail

Bagaimana AS di bawah pentadbiran Biden?
Indo-Pasifik akan sentiasa menjadi keutamaan bagi Amerika walaupun Presiden Biden perlu memperbaiki hubungan-hubungan diplomatik yang telah dirosakkan oleh Trump.

COVID-19: Thailand akan mulakan program vaksinasi bulan depan
Thailand setakat ini merekodkan hanya 13,687 jangkitan dan 75 kematian akibat COVID-19.

Tumpuan AWANI 7:45 - Perjuangan belum berakhir | Elak salah guna kuasa
Setahun pandemik COVID-19 melanda Malaysia, negara masih bergelut dengan peningkatan kes sejak kebelakangan ini. Bersih 2.0 cadang dana tidak langsung dalam bentuk subsidi untuk parti politik untuk kurangkan rasuah. Perinciannya di astroawani.com dan AWANI 7:45 malam ini.

PKPD di Kuarters dan Penjara Taiping bermula esok
Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Taiping dan Kuarters Kakitangan bermula 26 Januari 2021 sehingga 8 Februari 2021.

Malaysia boleh dipimpin PM wanita, tapi proses itu ambil masa - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan seorang pemimpin wanita akan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia suatu hari nanti.

Jabatan Peguam Negara bantah permohonan MUDA cabar tindakan RoS tolak pendaftaran parti
Bantahan itu dibuat atas alasan permohonan tersebut adalah pramatang dan penyalahgunaan proses mahkamah.

Sabah perlu RM13 bilion atasi masalah bekalan air - Bung Moktar
Isu air di negeri itu berpunca daripada pelbagai faktor yang akhirnya menjejaskan ramai pengguna dan menjadi masalah besar.

PdPR: Tiga beradik daki bukit 20 minit untuk akses internet
Kegigihan tiga beradik semata-mata untuk menimba ilmu.

Kesan ekon. COVID-19 | Rakyat termiskin perlu 10 tahun untuk pulih - Oxfam
1,000 individu paling kaya di dunia berjaya mengatasi kerugian akibat COVID-19 dalam masa hanya sembilan bulan. Namun bagi golongan termiskin dunia, lebih dari satu dekad diperlukan untuk memulihkan kerugian yang mereka hadapi akibat COVID-19. Laporan itu dikeluarkan Oxfam International pada isnin bertajuk 'The Inequality Virus' yang diterbitkan pada hari pembukaan Forum Ekonomi Sedunia (WEF) 'Davos Dialogues'.

COVID-19 | Australia lulus vaksin Pfizer
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison mengesahkan pentadbiran barangan rawatan terapi negara itu telah luluskan penggunaan vaksin Pfizer. Program vaksinasi dijangka bermula Februari ini.

COVID-19: Kes positif global 98.53 juta, angka korban 2.11 juta
Susulan ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam, angka kumulatif global kini sebanyak 98.53 juta kes.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ekonomi: Presiden AS tandatangani dua perintah eksekutif
Perintah eksekutif bertujuan meningkatkan bantuan makanan, mempermudah proses memohon bantuan kerajaan, melindungi penganggur dan memastikan gaji minimum 15 dolar sejam.

COVID-19: Kes positif global hampir 98 juta, kematian lebih 2.1 juta
Lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas, sekali gus menjadikan kes kumulatif global terkini mencecah 97,962,267.

Malaysia dapat semula RM15.4 bilion tunai, aset 1MDB - Tengku Zafrul
Malaysia berjaya mendapatkan semula pemulangan aset syarikat One Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai AS 3.9 billion daripada Goldman Sachs Group Inc pada tahun lalu.

Malaysia harap perdagangan dengan AS lebih teratur di bawah Biden
Amerika Syarikat adalah syarikat perdagangan rakan niaga yang besar untuk Malaysia.

Kerajaan Jepun akan batal Sukan Olimpik akibat COVID-19 - Laporan
Katanya, tumpuan kerajaan Jepun ketika ini ialah untuk mendapatkan slot pada tahun 2032 untuk sukan tersebut.

Pelantikan Biden diharap redakan perang teknologi, dagangan antara China-AS - Saifuddin
Beliau berkata ini kerana sekiranya perang antara dua kuasa besar itu berterusan, ia akan menyebabkan negara-negara ASEAN tersepit.

COVID-19: Amerika kekurangan vaksin, pusat vaksinasi ditutup
Datuk Bandar New York, Bill De Blasio berkata, 15 pusat vaksinasi di bandar ditutup kerana ketiadaan dos yang mencukupi.

COVID-19: Biden umum strategi tangani pandemik
Ia termasuk mempercepatkan program vaksinasi dan kajian lanjut, pembukaan semula sekolah dan perniagaan serta meningkatkan penggunaan pelitup muka.