awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut

Bernama
Bernama
04/02/2026
15:30 MYT
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
Salji lebat yang melanda Jepun sejak 20 Januari mengakibatkan 35 kematian dan 358 kecederaan di seluruh Jepun, menurut Agensi Pengurusan Bencana dan Bomba pada Rabu. - Foto AP
TOKYO: Salji lebat yang melanda Jepun sejak 20 Januari mengakibatkan 35 kematian dan 358 kecederaan di seluruh Jepun, menurut Agensi Pengurusan Bencana dan Bomba pada Rabu, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Salji lebat di Jepun sejak 20 Januari menyebabkan 35 kematian dan 358 kecederaan di pelbagai wilayah termasuk Niigata, Akita, Yamagata, Hokkaido dan Aomori.
  • Wilayah Niigata paling terjejas dengan 12 kematian dilaporkan; kebanyakan mangsa terbabit dalam operasi membersihkan salji dan terjatuh dari bumbung.
  • Penyiar awam NHK melaporkan salji setebal 4.3 meter di Aomori dan hampir 3 meter di beberapa kawasan Niigata; cuaca buruk merosakkan 14 bangunan kediaman.

Mangsa dilaporkan di pelbagai wilayah, termasuk Niigata, Akita, Yamagata, Hokkaido dan Aomori. Wilayah Niigata di pesisir Laut Jepun merupakan kawasan paling terjejas dengan 12 kematian dilaporkan setakat Rabu.
Menurut pihak bomba, banyak kematian berlaku semasa operasi membersihkan salji, termasuk terjatuh dari bumbung serta sakit mengejut semasa bekerja atau berehat.
Agensi Meteorologi Jepun menyatakan corak tekanan musim sejuk yang berterusan membawa salji lebat terutamanya di sebelah Laut Jepun, di bahagian utara dan barat Jepun. Penyiar awam NHK melaporkan salji terkumpul di sebahagian wilayah Aomori melebihi 4.3 meter, manakala beberapa kawasan di Niigata mencatat salji setebal hampir 3 meter.
Menurut Kyodo News, cuaca buruk ini juga turut merosakkan 14 bangunan kediaman. Dengan kenaikan suhu di kebanyakkan kawasan di Jepun, pihak berkuasa terus menasihatkan penduduk agar berhati-hati terhadap tanah runtuh, salji jatuh daripada bumbung dan gangguan lalu lintas.
--BERNAMA-XINHUA
TAG: Jepun, salji lebat, kematian
Topic Berkaitan
#salji lebat
#Jepun
#Niigata
#Hokkaido
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan