BISNES
Tarif AS: Integrasikan PMKS dalam rantaian eksport - Penganalisis

Pada 1 Ogos lepas, kadar tarif baharu bagi eksport Malaysia ke AS diumumkan sebanyak 19 peratus oleh pentadbiran AS. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu diintegrasikan dalam rantaian eksport susulan pengumuman tarif 19 peratus ke atas produk eksport Malaysia ke Amerika Syarikat (AS).
Ringkasan AI
- Lebih 70% perusahaan di Malaysia terdiri daripada PMKS, namun mereka masih kurang terlibat dalam aktiviti eksport. Penglibatan mereka penting untuk meningkatkan produktiviti, nilai tambah dan daya saing ekonomi negara.
- Malaysia menghadapi cabaran seperti produktiviti rendah, R&D yang lemah, dan gaji rendah. Ini menghalang PMKS daripada menyertai eksport secara berkesan, walaupun mereka merupakan penyumbang utama kepada ekonomi.
- Malaysia disaran merangka pelan eksport dan dasar perindustrian baharu yang berasaskan keselamatan ekonomi dan daya saing jangka panjang, selari dengan cabaran global termasuk dasar perlindungan ekonomi AS di bawah pentadbiran Trump.
"Sekarang kita banyak berusaha teroka pasaran, tetapi pengeluaran; produktiviti dan nilai tambah, tidak memuaskan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang lemah, gaji yang rendah dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang tidak dapat turut serta dalam aktiviti eksport.
“Saya sebut tentang PMKS ini kerana lebih 70 peratus bilangan perusahaan, pekerja dan pengeluarannya melibatkan sektor perniagaan ini. Kita perlu integrasikan PMKS dalam aktiviti eksport untuk capai kejayaan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Tarif AS: Integrasikan PMKS dalam rantaian eksport - Penganalisis
Dalam temu bual sama, Pengerusi Dewan Perniagaan Digital Malaysia (DPDM), Dr. Chris Daniel Wong pula menyarankan agar satu pelan tindakan pelan tindakan eksport nasional baharu diperkenalkan yang disesuaikan dengan keperluan serta cabaran semasa.“Kita nampak trend melindungi kepentingan ekonomi domestik ini dijangka akan berterusan untuk tiga tahun lagi kerana Presiden Donald Trump akan terus mentadbir AS untuk tempoh tiga tahun lagi.
“Dalam tiga tahun ini, kita perlukan pelan tindakan eksport nasional dan dasar perindustrian baharu yang berasaskan keselamatan ekonomi dan daya saing jangka panjang untuk tiga hingga lima tahun. Apakah jenis industri, eksport dan rantaian nilai tambah yang boleh kita kekalkan?,” ujarnya.
Pada 1 Ogos lepas, kadar tarif baharu bagi eksport Malaysia ke AS diumumkan sebanyak 19 peratus oleh pentadbiran AS, iaitu penurunan enam peratus daripada kadar 35 peratus yang diumumkan pada 7 Julai 2025.
Agenda AWANI: Strategi susulan tarif AS 19 peratus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami