awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Teras lakar semula pembangunan negara bermula, harapan rakyat tinggi
Google Photos tiba di TV pintar Samsung mulai 2026
Pemandu maut, 40 penumpang cedera dalam nahas tren pelancong di Machu Picchu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan kes bekas Perdana Menteri Bangladesh akan diumum Isnin depan

Bernama
Bernama
13/11/2025
20:00 MYT
Keputusan kes bekas Perdana Menteri Bangladesh akan diumum Isnin depan
Hasina meletak jawatan dan melarikan diri ke India pada 5 Ogos tahun lalu selepas penunjuk perasaan menyerbu kediaman rasminya ketika kebangkitan yang diterajui oleh pelajar. - Gambar fail AP
DHAKA: Sebuah tribunal khas di Dhaka, ibu negara Bangladesh, mengumumkan pada Khamis yang keputusan kes terhadap bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina dan dua pembantunya akan diputuskan pada 17 Nov, lapor Xinhua.
Dengan kawalan keselamatan yang ketat, Hakim Md Golam Mortuza Mozumder, Pengerusi Tribunal Jenayah Antarabangsa (ICT) Bangladesh, menetapkan tarikh keputusan bagi kes berkaitan dengan jenayah terhadap kemanusiaan yang didakwa dilakukan semasa pemberontakan Julai 2024.
Pihak pendakwaan mengemukakan lima pertuduhan jenayah terhadap kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai terhadap Hasina, bekas Menteri Dalam Negeri, Asaduzzaman Khan Kamal dan bekas Ketua Polis Negara, Chowdhury Abdullah Al Mamun yang kini ditahan.
Bangladesh meningkatkan tahap keselamatan di seluruh negara bagi mengelakkan kemungkinan tercetusnya tunjuk perasaan pada Khamis.
Langkah itu diambil susulan laporan bahawa parti pembangkang Bangladesh Liga Awami (AL) merancang "penutupan Dhaka".
Seorang pegawai kerajaan berkata polis memperhebat rondaan dan memperketat kawalan keselamatan di sekitar bangunan penting.
Hasina meletak jawatan dan melarikan diri ke India pada 5 Ogos tahun lalu selepas penunjuk perasaan menyerbu kediaman rasminya ketika kebangkitan yang diterajui oleh pelajar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tribunal khas
#pendakwaan
#bekas perdana menteri
#Sheikh Hasina
#Bangladesh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan